Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. rasa spt sedap (lazat dsb); 2. kegemaran dan pilihan, kegemaran dan kecenderungan: setiap penonton mempunyai keinginan, ~ atau pandangan yg tertentu, khusus utk sesebuah rancangan terbitan RTM; bercita rasa mempunyai cita rasa; bercitarasakan mempunyai atau berdasar­kan sesuatu sbg cita rasa: adalah bagus sekiranya perlumbaan ini ~ budaya Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 rasa spt sedap, lazat dll. 2 kegemaran, pilihan atau kecenderung­an terhadap sesuatu atau seseorang: Para penonton mempunyai keinginan dan ~ tersendiri terhadap rancangan yg di­­ta­yangkan. bercita rasa mempunyai cita rasa: Beliau ~ tinggi. bercitarasakan mempunyai sesuatu sbg cita rasa: Pesta itu ~ budaya tempatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : rasa spt sedap, lazat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tastecita rasaKesusasteraanTiadaPertimbangan terhadap karya sastera yang kritikal dan estetik berdasarkan ciri-ciri kecemerlangan-nya. Dengan maksudnya yang lebih longgar, cita rasa tidak lagi berdasarkan ciri kecemerlangan sastera seperti dahulu, tetapi lebih menjurus kepada kriteria peribadi yang pelbagai atau kriteria yang popular. Dalam banyak hal, nilai cita rasa biasanya ditentukan oleh golongan elit dalam sesuatu masyarakat.
tastecita rasaEkonomiTiadaKegemaran pengguna yang merupakan faktor penting yang mempengaruhi pengguna dalam membuat keputusan untuk membeli sesuatu barang. Perubahan cita rasa boleh mengubah kedudukan keluk permintaan.
secular trendarah aliran sekularEkonomiTiadaKecenderungan pergerakan jangka panjang aktiviti ekonomi yang mengikut suatu arah aliran tertentu. Arah aliran mungkin negatif, yang menggambarkan penurunan, atau positif yang menggambarkan peningkatan. Perubahan kecenderungan mungkin berpunca daripada perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan teknologi yang mengubah kaedah pengeluaran. Misalnya, kemerosotan yang berpanjangan dalam penggunaan beca yang disebabkan oleh proses pemodenan. Perubahan permintaan yang berlaku mengikut musim tidak dinamakan perubahan arah aliran sekular.
alternative bookingtempahan pilihanPelanconganTiadaPenginapan atau pengangkutan yang ditempah mengikut cita rasa pelanggan. Sinonim alternative reservation.
bubble teateh mutiaraMakanan dan PemakananTiadaSejenis minuman berasaskan teh yang ditambah dengan susu atau dimaniskan mengikut cita rasa tertentu sebelum ditambah bebola kecil kanji ubi, jeli buah, cincau, agar-agar dan puding.
bubble teateh mutiaraMakanan dan PemakananTiadaSejenis minuman berasaskan teh yang ditambah dengan susu atau dimaniskan mengikut cita rasa tertentu sebelum ditambah bebola kecil kanji ubi, jeli buah, cincau, agar-agar dan puding.
townscapeseni bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaRupa tampak bandar yang menekankan fisiologi dan morfologi bandar termasuk reaksi cita rasa pengguna.
auraauraKejururawatanTiadaAmaran sebelum serangan epilepsi dan migrain. Contoh, aura epilepsi mungkin terdiri daripada halusinasi, olfaktori, penglihatan, auditori atau cita rasa.
literary mode of productionragam pengeluaran sasteraKesusasteraanTiadaPengeluaran bahan bacaan yang dipengaruhi oleh institusi dan hubungan sosial. Konsep ini dikembangkan oleh penganut Marzxis moden termasuk Terry Eagleton dan Pierre Macherey. Menurut mereka, ragam pengeluaran sastera kini berbeza dengan ragam pengeluaran dahulu. Contohnya, pada abad ke-17 dan 18, sastera di Britain amat dipengaruhi oleh budaya penaungan. Pada zaman ini tuntutan pasaran seperti cita rasa pembaca mempengaruhi pengeluaran karya sastera. Justeru, fiksyen picisan seperti novel cinta yang menjadi kegemaran masyarakat kini banyak menentukan penerbitan karya sastera.

Kembali ke atas