Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[con.dong] | چوندوڠ

Definisi : 1. senget (miring) ke sebelah, tidak tegak lurus, cenderung: palung ialah pancur ~ tempat mengalirnya bijih timah; matahari ~ (ke barat) matahari sudah turun; 2. ki suka pd, menyebelahi (memihak) kpd, cenderung: dia ialah sasterawan yg lebih ~ kpd faham kebangsaan tidak fanatik; ~ yg akan menongkat, rebah yg akan menegakkan Mn prb ketua yg akan membantu rakyatnya (anak buahnya) kalau mereka dlm kesusahan; ~ ditumpil, lemah dianduh Mn prb orang yg dlm kesusahan wang (akal dll) diberi pertolongan; ~ yg akan menimpa Mn prb pekerjaan yg mendatangkan celaka; ke mana ~, ke mana rebah Mn prb pekerjaan yg sudah dilakukan sebagaimana yg seharus­nya atau menurut adat; mencondong menjadi condong: meriam besi itu ~ ke arah baruh; mencondongkan memiringkan, menyen­getkan, mencenderungkan: ia ~ badannya ke arah aku; ~ hatinya kpd ki memihak kpd, (menyebelahi) mengarahkan minat (hati) kpd; tercondong condong; kecondongan 1. perihal atau keadaan condong (tidak tegak lurus, senget ke sebelah): ~ tiang elektrik itu semakin teruk; 2. kecen­derungan, minat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[con.dong] | چوندوڠ

Definisi : 1 tidak tegak betul; senget ke sebelah: Tiang bendera itu ~ sedikit. 2 ki suka (kpd); memihak (kpd); cenderung: Dia lebih ~ kpd permainan drpd pelajaran. mencondongkan membuat supaya condong; menjadikan condong: Dia ~ badannya ke depan. kecondongan keadaan condong: Kedua-dua garis yg telah anda lukis mempunyai ~ yg berbeza. pencondongan perbuatan atau hal mencondongkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata condong

Puisi
 

Bukan saja condong ke dulang,
     Saya tak mahu condong ke desa;
Biar saya berputih tulang,
     Saya tak mahu berputih mata.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Condong yang akan menimpa.

Bermaksud :

Perbuatan yang sangat membahayakan.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
camber anglesudut kamberKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSudut condong bahagian atas roda dari garis menegak. Apabila condong arah ke luar disebut kamber positif dan condong arah ke dalam disebut kamber negatif.
king pin inclination anglesudut condong cemat agungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSudut condong ke dalam cemat agung dari garis tengah tegak sebenar.
slant engineenjin condongKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBlok silinder dalam enjin sebaris yang diletakkan pada kedudukan condong dari salah tegak.
font stylegaya fon-TiadaVariasi muka taip dalam bentuk normal, huruf tebal, huruf condong atau gabungan huruf tebal dan huruf condong.
botanical namenama botaniHerbaPeraturan dan PemasaranNama saintifik tumbuhan dalam bahasa Latin. Kebiasaannya nama botani mengandungi tiga perkataan. Perkataan pertama dimulai dengan huruf besar yang ditulis dalam huruf condong untuk menyatakan genus tumbuhan. Perkataan kedua juga ditulis dalam huruf condong untuk menyatakan spesiesnya, sementara perkataan ketiga menyatakan nama ahli botani yang menemui dan menamai tumbuhan tersebut. Nama botani suatu tumbuhan adalah berdasarkan Kod Antarabangsa Tatanama Botani (ICBN). Namun, bagi tumbuhan kultigen, kultivar tambahan dan/atau kumpulan epitet adalah berdasarkan pada Kod Antarabangsa Tatanama bagi Tumbuhan Tanaman. Contohnya, Orthosiphon stamineus Benth. ialah nama botani pokok misai kucing.
italichuruf condong-TiadaTulisan dengan aksara yang miring ke kanan.
slant engineenjin condongKejuruteraan AutomotifEnjinEnjin sebaris yang blok silindernya telah disusun serong dengan kedudukan menegak.
steering-axis inclination anglesudut condong paksi sterengKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan Keretalihat: king pin inclination angle.
tilt steering wheelroda stereng condongKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaStereng yang boleh diubah kedudukannya atau dicondongkan kedudukannya pada sudut tertentu melalui bahagian sambungan lentur pada aci stereng.
rakesadakKesenianHiasan DalamanCondong atau cerun seperti yang terdapat pada binaan bumbung rumah atau susunan anak tangga.
123

Kembali ke atas