Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[co.ra/] | چورق

Definisi : 1. ragi atau bunga-bunga pd kain (barang anyaman, tenunan, dll): besar-besar ~ kain batiknya; ~ damdam corak yg berpetak-­petak empat segi (corak tapak catur); 2. warna (bunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain itu berwarna hijau dan ~nya merah; 3. ki rupa (bentuk, sifat, dll): hasil usahanya telah menukarkan ~ pertanian di negeri itu; bercorak 1. berbunga-bunga (barang tenun­an, anyaman, dll), beragi: kain ~; 2. berwarna-warna (berbunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain merah yg ~ putih; 3. ki berupa (bersifat, berbentuk, berfaham, dll): menimbulkan perselisihan yg ~ perkauman; filem Indonesia ~ ketimuran; mencoraki menjadi corak pd (bagi), menjadi ciri asas pd (bagi), mewarnai: pergantungan ~ hubungan antara negara membangun dgn negara perindustrian Barat; mencorakkan 1. memberi bercorak: kanak-kanak bagai kain putih boleh dicorakkan dan diwarna-warnikan; 2. ki membentuk (sifat, rupa, ciri-ciri, dll sesuatu) memberikan sifat-sifat yg tertentu kpd: perasaan itu biasanya dicorakkan oleh keadaan; pencorakan perihal (perbuatan dsb) men­corakkan; pencorak orang (faktor, unsur dsb) yg menentukan corak (rupa, sifat, keadaan dsb) sesuatu: kita merupakan ~ masyarakat yg telah diamanahkan utk membela nasib dan masa depan anak-anak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[co.ra/] | چورق

Definisi : ; ~-carik koyak-koyak, cobak-cabik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[co.ra/] | چورق

Definisi : 1 gambar-gambar atau ragi pd kain (anyaman dsb): Kain ini tidak berapa bagus ~nya. 2 pelbagai warna pd warna dasar (ttg kain dll): Kain langsir itu tanahnya putih, ~nya merah. 3 ki rupa (bentuk, sifat) yg tertentu: Sejak itu, Aladin yg dahulunya sangat miskin telah bertukar ~ menjadi kaya. bercorak 1 bergambar atau beragi (ttg kain dsb): Kainnya ~ belang sawa. 2 berwarna pd tanah kain: kain merah yg ~ putih. 3 ki berupa (bersifat dll): Orkes itu sering memainkan lagu-lagu yg ~ Timur Tengah. Pemerintahan negara itu ~ demokrasi. mencorakkan 1 memberi bercorak: Kita boleh ~ kain putih dgn berbagai-bagai warna. 2 ki memberikan sifat-sifat tertentu; membentuk: Ibu bapalah yg bertanggungjawab ~ anak-anak mereka. pencorak orang, faktor, unsur dsb yg mencorakkan sesuatu atau seseorang: Sbg ~ masyarakat, kita bertanggungjawab membela anak-anak yg kurang bernasib baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata corak

Puisi
 

Kain pelikat corak bersegi;
     Isi di dulang hendak dihantar;
Kalau pemikat baik budi,
     Burung terbang pulang ke sangkar.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai kain menunjukkan corak bangsanya.

Bermaksud :

Rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fundamental motor patterncorak motor fundamentalSains SukanBiomekanikCorak lakuan motor yang asas, biasanya dapat diperhatikan pada kanak-kanak sebelum menjangkau umur prasekolah. Corak lakuan ini perlu dicapai sebelum corak lakuan yang matang diperoleh. Dalam sains sukan, proses mengenal pasti bakat sukan melibatkan penilaian kecekapan dalam mempamerkan corak lakuan yang matang.
grain charactercorak uratKesenianHiasan DalamanCorak urat kayu yang terhasil apabila permukaan kayu daripada pokok dipotong. Corak yang terhasil ini bergantung kepada cara pemotongan, sama ada dipotong serong atau secara berputar, selain faktor sifat semula jadi pokok tersebut.
electron diffraction patterncorak pembelauan elektronNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanCorak yang terhasil menggambarkan ciri bahan tersebut. Corak ini terbentuk melalui tindak balas antara elektron dan bahan yang mempunyai sifat hablur.
batikbatikKesenianHiasan DalamanCorak pada kain yang pada dasarnya dihasilkan menggunakan lilin sebagai penahan warna dan dicelup dalam larutan berwarna. Pada peringkat awal, corak ini hanya berbentuk titik dan motif, tetapi kini corak batik sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Ada juga batik yang tidak perlu menggunakan lilin dan dicelup warna, sebaliknya hanya menggunakan stensil atau skrin sahaja.
flow patterncorak aliranFizikTiadaCorak aliran dua fasa di dalam saluran paip atau konduit dengan mengambil kira nisbah isi padu gas terhadap cecair, dan keadaan rintangan aliran serta genangan cecair.
parade patterncorak paradeKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCorak voltan pencucuh yang berubah mengikut masa, yang dipaparkan di atas layar osiloskop dalam satu baris dari kiri ke kanan sepanjang paksi mengufuk menurut urutan nyalaan enjin yang sedang diuji.
raster patterncorak rasterKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCorak yang dipaparkan di atas layar osiloskop, yang menunjukkan isyarat voltan pencucuh yang tersusun dari bawah ke atas di atas layar, menurut susunan aturan nyalaan enjin yang diuji.
superimpose patterncorak bertindihKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCorak yang dipaparkan dilayar osiloskop, yang menunjukkan isyarat voltan pencucuh yang bertindihan antara satu sama lain.
basic motor patterncorak motor asasSains SukanBiomekanikCorak atau kinematik lakuan motor pada peringkat yang belum mencapai tahap kematangan lakuan. Lihat juga lakuan motor.
mature motor patterncorak motor matangSains SukanBiomekanikCorak atau kinematik lakuan motor yang memenuhi segala kriteria perlakuan sesuatu pergerakan.
12345678910...

Kembali ke atas