Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[co.rong] | چوروڠ

Definisi : 1. saluran yg berbentuk kelongsong dan bermuncung di hujungnya utk menuang air (minyak dll) supaya jangan tumpah; 2. = ~ bicara (suara) alat yg berbentuk kelong­song utk menguatkan suara; 3. = ~ asap salur tempat asap keluar, cerobong, serombong; 4. = ~ lampu salur kaca utk melindungi nyala lampu, cimni lampu; 5. teropong (utk melihat jauh); 6. alat penguat suara, mikrofon; ~ Baermann (Bio) radas yg digunakan utk mengasingkan organisma kecil drpd suatu sampel (biasanya tanah); ~ dengar alat utk mendengar yg dipakai oleh orang yg agak pekak; ~ radio alat yg menangkap suara utk disiarkan melalui radio; ~ telefon gagang telefon; mencorong 1. bersinar dgn terangnya (bkn lampu, matahari, dll); 2. menyuluhi (mene­rangi) dgn lampu corong; mencorongkan 1. menyinarkan, menerang­kan; 2. memancarkan (cahaya, suara, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[co.rong] | چوروڠ

Definisi : 1 alat yg mulutnya berbentuk spt kelongsong dan diberi berpaip pd bahagian bawahnya (digunakan ketika menuang sesuatu supaya tidak tumpah). 2 = ~ asap paip utk menyalurkan asap keluar; serombong. 3 = ~ lampu pembuluh kaca utk melindungi nyala api; cemeni lampu. 4 = ~ suara alat utk menguatkan suara. ~ Baermann ist alat utk mengeluarkan atau mengasingkan organisma kecil dr suatu sampel tanah. ~ dengar alat utk mendengar (bagi orang pekak). ~ radio alat penangkap suara utk disiarkan. ~ telefon corong pd telefon tempat mendengar dan tempat berkata-kata; gagang telefon. ~ turas corong yg dibuat drpd kaca dan digunakan di makmal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[co.rong] | چوروڠ

Definisi : ; lampu ~ lampu yg dpt memancarkan cahayanya jauh-jauh. mencorong 1 bercahaya terang (ttg bulan, matahari dsb). 2 menyuluh dgn lampu corong. mencorongkan memancarkan cahaya (suara, sinar dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata corong


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
filter funnelcorong turasKimiaTiadaCorong yang digunakan bersama kertas turas atau wul kaca untuk memisahkan pepejal yang tak larut daripada cecair yang melalui corong ini. Terdapat dua jenis corong turas, iaitu corong turas biasa dan corong Buchner. Corong Büchner digunakan untuk penurasan deras melalui sedutan dengan menggunakan air.
hoppercorong tuangKejuruteraanPetroleumSinonim : corong lumpur Corong besar yang digunakan buburan simen, pembancuhan lumpur dan penambahan bahan pepejal ke dalam lumpur atau simen. Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan dan melalukan bahan-bahan ini akan bercampur dengan cecair yang disuntikan melalui sambungan pada bahagian bawah corong.
separating funnelcorong pemisahKimiaTiadaCorong yang biasanya diperbuat daripada kaca dan berbentuk silinder atau labu. Pada bahagian bawah corong terdapat pili yang digunakan untuk mengawal pengaliran larutan dari dalam corong. Bahagian atasnya dilengkapi penyumbat plastik atau kaca. Corong pemisah mempunyai muatan tertentu, seperti 25 ml, 50 ml, 100 ml, dan 1000 ml. Corong Pemisah (Rujuk ms. 34)
Marsh funnelcorong MarshKejuruteraanPetroleumAlat yang digunakan untuk menentukan kelikatan cecair. Corong marsh terdiri dari satu bekas berbentuk corong dengan satu orifis yang tetap pada bahagian bawahnya. Apabila corong diisikan dengan air tawar sebanyak 1500 ml, 1qt (946 ml) air itu akan mengalir keluar melalui orifis dalam tempoh 260.5 saat. Untuk mengeluarkan 1000 ml air, masa yang diperlukan adalah 27.5 0.5 saat.
Marsh funnel vicositykelikatan corong MarshKejuruteraanPetroleumKelikatan yang diukur dengan cara mengalirkan sesuatu jenis cecair melalui corong Marsh. Ia menyatakan masa yang diambil, dalam saat, untuk mengalirkan satu qt (946 ml) cecair tersebut melalui corong Marsh. Ia juga dikenali sebagai kelikatan corong.
filter funnelcorong turasPerubatanTiadaCorong yang digunakan bersama kertas turas atau wul kaca untuk memisahkan pepejal yang tak larut daripada cecair yang melalui corong ini.
funnelcorong; serombongPerubatanTiadaCorong: Radas daripada kaca atau plastik, yang mempunyai mulut yang luas dan batang yang tirus, dan digunakan untuk memasukkan cecair ke dalam botol atau sebarang bekas lain.
funnelcorong; serombongKimiaTiadaCorong: Radas daripada kaca atau plastik, yang mempunyai mulut yang luas dan batang yang tirus, dan digunakan untuk memasukkan cecair ke dalam botol atau sebarang bekas lain.
hoppercorong tuangKejuruteraanKejuruteraan BangunanCorong yang disambungkan kepada paip tremi untuk menyalurkan konkrit ke tempat peletakan (biasanya di dalam tanah atau di dasar sungai).
hoppercorong lumpurKejuruteraanPetroleumlihat corong tuang
12345678910...

Kembali ke atas