trial and error method | kaedah cuba-cuba | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
cuba test | cuba test ° | bidang dummy | Tiada | °° |
habanera | habanera | Muzik | Tiada | Tarian Havana yang berasal dari Cuba pada abad ke-19. Habanera mengandungi ciri ritma Sepanyol, Afrika dan Cuba. Tarian ini bermeter dupel, bertempo sederhana dan beritma sinkopasi. Habanera digunakan oleh Georges Bizet (1838-1875) dalam opera beliau yang bertajuk Carmen (1875). |
modernism | modenisme | Kesusasteraan | Tiada | Aliran seni dan sastera yang cuba mengubah norma dan nilai tradisi dengan teknik baharu dari segi bentuk dan struktur. Pada masa yang sama, aliran ini memberikan tumpuan kepada kesedaran subjektif individu serta keterasingannya. Unsur dalam aliran medonisme diterapkan dalam aliran lain seperti simbolisme, eksistensialisme dan surealisme. Modenisme mula diperkenalkan pada akhir abad ke-19 dan banyak mempengaruhi penulis pada abad ke-20. |
dictionary attack | serangan kamus | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan yang cuba menggunakan semua frasa atau perkataan dalam kamus untuk merekah kata laluan atau kekunci. Serangan ini menggunakan senarai perkataan yang telah tertakrif terlebih dahulu berbanding serangan hentam kromo yang penyerangnya mencuba kesemua kombinasi yang ada. |
text criticism | kritikan teks | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang cuba mendapatkan versi naskhah yang paling tepat dengan cara membandingkan semua versi manuskrip yang sedia ada. Tujuan kritikan teks adalah untuk merekonstruksi niat pengarang asalnya dan mengeyahkan kesilapan penyalin, pencetak, dan interpolasi yang merosakkan teks asal. Lihat juga stema. |
adversary | musuh | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Individu yang melakukan atau cuba untuk melakukan perbuatan berniat jahat. |
negritude | negritude | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan yang menyuarakan wawasan para cendiakawan dan seniman kulit hitam tentang nasib dan warisan sepunya bangsa Afrika. Negritude menolak nilai kolonial dan memberontak terhadap sistem kolonialisme. Pada masa yang sama, negritude cuba memperkasakan nilai tradisional Afrika dengan mengembalikan kegemilangan masa silamnya. Dalam bidang kesusasteraan, negritude mewakili suatu bentuk estetika yang cuba mengekalkan sifat-sifat tradisi kebudayaan Afrika. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1930-an oleh Aim� C�saire, seorang penyajak dan dramatis dari artinique dan L�opold S�dar Senghor, seorang penyajak dan ahli politik dari Senegal. Negritude menjadi perintis kepada gerakan Black Power yang berpangkalan di Amerika pada tahun 1960-an. Lihat juga harlem renaissance. |
utilitarianism | utilitarianisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang mengutamakan faedah atau utiliti. Pendukung fahaman ini akan cuba memaksimumkan keuntungan atau keseronokan serta meminimumkan kerugian atau kos dalam setiap tindakan dan dasar. Setiap dasar atau tindakan dilakukan secara berhemah supaya matlamat ini tercapai. Keutamaan dalam pemikiran ini ialah kepentingan tercapai dengan kos yang minimum. Antara sarjana yang mendukung fahaman ini ialah Jeremy Bentham, John Stuart Mill dan Thomas Hobbes. |
persecutory delusion | delusi khianat | Perubatan | Psikiatri | Kepercayaan seseorang yang tidak berasas bahawa terdapat individu atau organisasi yang cuba mengkhianati, menjalankan konspirasi atau ingin menganiayanya. |