Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ca] | چوچا

Definisi : jampi yg boleh menundukkan musuh atau yg dapat mengubati luka dll; mencuca menjampi (utk menundukkan mu­suh, mengubati luka, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ca] | چوچا

Definisi : ; mencuca sl mencerca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ca] | چوچا

Definisi : jampi yg dpt menundukkan musuh atau yg dpt menawari bisa. mencuca menjampi utk menundukkan musuh atau utk menawari bisa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuca


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
incantationmanteraKesusasteraanTiadaPuisi Melayu tradisional yang longgar bentuknya dan tidak tetap panjangnya. Apabila diucapkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau magis yang dimanfaatkan untuk tujuan pembomohan dan pensihiran. Mantera merupakan rumus suci Hindu yang mempunyai ungkapan mistik dan disampaikan kepada dewa. Mantera dikenali juga sebagai formula magis, jampi atau sihir. Mantera merupakan bentuk puisi terawal yang dicipta oleh manusia. Penghasilan mantera berupa gugus-gugus perkataan yang dipilih dan distrukturkan dengan tujuan asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk ghaib dan alam. Mantera disebut juga sebagai ritual bahasa kerana membentuk sebahagian daripada ritual pembomohan dan pensihiran, manakala sebahagian lagi disebut ritual perlakuan. Dalam dunia Melayu, mantera dikenali sebagai jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja dan seru. Setiap bentuk mantera disusun khusus untuk sesuatu tujuan. Oleh itu, terdapat beratus-ratus mantera di alam Melayu yang setiap satunya berbeza dan bergantung pada tujuannya. Contohnya, mantera untuk tujuan pemanis adalah seperti yang berikut: Kain peta limau manis, Mari kulipat di dalam talam, Bagai kain pakai manis, Seperti asam dengan garam. Istilah mantera berasal daripada bahasa Sanskrit mantara, manir atau mata yang bermaksud �rumus yang berentak� atau `chhandas yang mengisi bahagian hymns dalam kitab Vedas�.

Kembali ke atas