Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ci] | چوچي

Definisi : ; ~ calat bersih sebersihnya; ~ darah a) membersihkan darah dgn memakan ubat; b) proses membersihkan darah dgn meng­gunakan sj mesin (darah yg beredar ditapis melalui membran separa telap dlm mesin tersebut utk membuang keluaran buangan), hemodialisis; ~ mata a) membersihkan mata dgn air dll; b) melihat-lihat perempuan dll utk menyeronokkan hati; ~ muka a) mem­basuh muka; b) Id tempat air utk membasuh muka; ~ perut a) julap, urus-urus, pencahar; b) membersihkan perut dgn julap dll; ~ tangan a) membersihkan tangan; b) Id tempat air basuh tangan; c) tidak mahu terlibat dlm hal orang; bercuci ki bersunat, berkhatan; mencuci 1. membersihkan dgn air, mem­basuh: ~ pinggan mangkuk; ~ kain; 2. membersihkan (mengesat atau menyapu dgn penyapu bulu ayam, dll): setiap pagi, meja saya dicuci oleh peon; ~ filem menjadikan filem negatif drpd filem dan positif (gambar) drpd filem negatif; ~ mata cuci mata; mencucikan 1. mencuci sesuatu utk orang lain; 2. memberikan (menghantar) sesuatu supaya dicuci: saya pergi ~ baju tadi; 3. ki menyunatkan, mengkhatankan; cucian 1. barang-barang yang dicuci (spt kain, baju, dll); 2. cara mencuci, hasil mencuci: ~nya tidak bersih; pencucian 1. perihal (perbuatan) mencuci; 2. tempat mencuci; pencuci 1. orang yg mencuci, tukang cuci; 2. alat (benda dll) yg digunakan utk mencuci; ~ mulut benda manis (spt buah-buahan dsb) yg dimakan selepas makan nasi dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ci] | چوچي

Definisi : bp mencuci. ~ darah a. ubat utk membersihkan darah. b. membersihkan darah dgn ubat. ~ mata a. membersih­kan mata dgn air dll. b. bersenang-senang dgn melihat sesuatu yg indah. ~ muka a. membasuh muka. b. tempat membasuh muka. ~ perut ubat utk membersihkan perut. ~ tangan a. membasuh tangan. b. mangkuk tempat membasuh tangan. c. tidak mahu bertanggungjawab atau tidak mahu terlibat dlm sesuatu perkara atau hal orang lain. mencuci 1 menghilangkan kotoran dgn air dll; membersihkan; membasuh: ~ pakaian. 2 membersihkan sesuatu (dgn penyapu dll). ~ filem mengerjakan supaya sesuatu filem menjadi negatif atau positif. ~ gambar membuat gambar drpd filem yg sudah dicuci. mencucikan 1 mencuci utk orang lain. 2 ki memotong kulup; mengkhatankan; menyunatkan. cucian 1 apa-apa yg dicuci. 2 cara mencuci. pencucian 1 perbuatan atau hal mencuci. 2 tempat mencuci. pencuci 1 orang yg kerjanya mencuci; tukang cuci. 2 sesuatu yg digunakan utk mencuci: serbuk ~ kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuci

Puisi
 

Dayang menyuci kain putih,
     Setengah cuci sabun pun hilang;
Tuan berbudi saya pun kasih,
     Setengah kasih direbut orang.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
detergentbahan cuciKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahan kimia yang ditambah ke dalam minyak pelincir, yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam enjin.
herbal mouth washbahan cuci mulut herbaHerbaTiadaLarutan herba yang digunakan untuk membersihkan dan menyegarkan rongga mulut. Larutan ini dikumurkan dan kemudian dikeluarkan, dan tidak diminum. Contoh herba ini ialah sirih.
powderserbukKesenianHiasan DalamanBahan berbutir yang telah diserapi dengan cecair, bahan cuci, dan bahan-bahan cucian lain yang disediakan untuk membersihkan karpet. Bahan sediaan ini ditabur ke atas karpet pail menggunakan berus. Bahan ini dibiarkan seketika supaya menyerap segala kotoran, dan kemudian dibersihkan dengan menggunakan vakum.
eutrophicationpengeutrofikatanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPengayaan nutrien air permukaan yang berlaku secara semula jadi dan dipercepat oleh aktiviti manusia, contohnya pertanian dan pelepasan sisa yang kaya dengan nutrien. Pengeutrofikatan biasanya berlaku disebabkan oleh pembuangan bahan cuci, baja dan sisa kumbahan yang mengandungi nitrat dan fosfat ke dalam sistem akuatik dan mengakibatkan ledakan alga.

Kembali ke atas