Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.cu] | چوچو

Definisi : keturunan peringkat kedua (iaitu sepe­ringkat selepas anak), anak kpd anak seseorang; ~ Adam manusia; ~-cicit = anak ~ keturunan; bercucu mempunyai cucu; ~-cicit mempun­yai cucu dan cicit (mempunyai keturunan); beranak ~ mempunyai anak yg kemudiannya beranak pula (mempunyai keturunan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.cu] | چوچو

Definisi : anak kpd anak; keturunan peringkat yg kedua. ~ Adam manusia. anak ~ keturunan. bercucu mempunyai cucu: beranak ~ mempunyai anak yg kemudiannya ada anak pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cucu

Puisi
 

Al-Hassani wal Hussain,
     Wahai cucu Rasulullah;
Wafat Hassan tinggal Hussain,
     Hassan/Hussain Wafat perang sabillullah.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
taboitaboiKesusasteraanTiadaPersembahan perarakan di Sumatera Barat untuk mengenang kembali Peperangan Karbala. Peperangan ini mengorbankan Hasan dan Husain, cucu Nabi Muhammad SAW. Perkataan taboi merujuk kepada tabut, iaitu batu-batu nisan kecil yang diusung semasa perarakan meraikan kesyahidan Hasan dan Husain di India. Persembahan ini diadakan sekitar sepuluh hari pertama bulan Muharam.
traditional directed economyekonomi terarah tradisionalEkonomiTiadaCabang ekonomi yang menyelesaikan masalah pengeluaran dan pengedaran mengikut amalan tradisi, iaitu dengan menyerahkan proses pengeluaran dan pengedaran yang dilakukan oleh bapa kepada anak cucu secara warisan. Amalan ini sangat meluas di negara mundur dan di negara sedang membangun. Misalnya, di Malaysia, nelayan dan pembuat batik di Pantai Timur selalunya mewariskan pekerjaan mereka kepada anak masing-masing.
coefficient relationshippekali perhubunganPenternakanGenetik dan PembiakbakaanUkuran darjah perhubungan biologi antara dua haiwan. Semakin dekat hubungan biologi dua haiwan itu, semakin tinggi pekali perhubungannya. Contohnya, hubungan anak dengan bapa ialah 50% manakala hubungan cucu dengan datuk ialah 25%.
puisi lagupuisi laguKesusasteraanPuisiPuisi yang dihasilkan dengan gaya dan amanat yang bersahaja, tidak berlebih-lebihan dan mudah dihayati oleh khalayak. Contohnya, petikan puisi "Pak Utih (2)" karya Usman Awang di bawah. Pak Utih punya sepuluh cucu Ditimangnya tiap pagi Dinyanyikannya lagu; timang tinggi-tinggi dapur tak berasap bila besar nanti duduk dalam lokap.

Kembali ke atas