Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.cuh] | چوچوه

Definisi : ; mencucuh 1. memasang, menyala­kan (api dll): ~ pelita; ~ meriam memasang meriam; 2. mengenakan api, besi panas, dsb pd: yg paling sedih apabila mak ~ abang dgn kayu api berbara; mencucuhkan 1. memasangkan, menyala­kan: Seman ~ api tersebut pd rokok di mulutnya; 2. mengenakan (api, besi panas, dsb) pd sesuatu: Afandi ~ besi panas pd tangan Mazlan; cucuhan 1. hasil mencucuh atau mencucuh­kan: doktor mengesahkan terdapat banyak bekas ~ puntung rokok pd badannya; 2. (Fiz) bunga api yg terhasil drpd palam pencucuh utk memulakan pembakaran; pencucuhan perihal (perbuatan, proses dsb) mencucuh atau mencucuhkan: sistem ~; pencucuh 1. orang yg mencucuh, tukang cucuh; ~ meriam pembakar meriam; 2. alat utk mencucuh: palam ~; 3. ki penghasut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.cuh] | چوچوه

Definisi : ; mencucuh 1 memasang api pd; menghidupkan api pd: ~ pelita. 2 mengenakan api, besi panas dsb pd: ~ penjahat dgn puntung rokok. mencucuh­kan mengenakan api, besi panas dsb dgn menggunakan sesuatu: Dia ~ puntung kayu yg masih berbara pd penjahat itu. pencucuhan perbuatan, hal dsb mencucuh atau mencucuhkan. pen­cucuh 1 orang yg mencucuh: ~ meriam pembakar meriam. 2 alat utk mencucuh: palam ~ alat yg mengeluarkan api utk membakar gas dlm enjin petrol. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cucuh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
high energy ignition system (HEI)sistem cucuh tenaga tinggiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem penyalaan elektronik yang mampu menghasilkan voltan sekunder sehingga 35 000 volt.
flash pointtitik kilatKejuruteraan AutomotifEnjinSuhu terendah yang menyebabkan suatu cecair boleh mem- bentuk campuran yang boleh terbakar di permukaannya. Titik kilat digunakan sebagai ukuran kebolehbakaran suatu bahan api cecair yang mempengaruhi operasi sesebuah enjin, mudah di- cucuh, kadar perambatan nyala selepas dicucuh dan kesukaran memadamkannya. Contohnya, petrol mempunyai titik kilat - 60°C sementara etilina glikol mempunyai titik kilat 111°C. Bagi diesel, titik kilat ditentukan mengikut piawaian sesebuah negara. Contohnya, Negara Kesatuan Eropah menentukan titik kilatnya pada suhu minimum 55°C.
Otto cyclekitar OttoKejuruteraan AutomotifEnjinPrinsip kerja yang digunakan dalam operasi enjin gasolin empat lejang. Kitar ini bermula dengan campuran udara-bahan api disedut semasa lejang pengambilan dan dimampatkan oleh pergerakan omboh dalam lejang mampatan. Sebelum lejang mampatan berakhir, campuran udara-bahan api yang bertekanan tinggi dinyalakan oleh unsur pencucuhan seperti palam pen- cucuh. Tindakan ini menyebabkan proses pembakaran berlaku dan menghasilkan kuasa semasa lejang kuasa. Kitar ini menjadi lengkap dengan hasil pembakaran ini ditolak keluar semasa lejang ekzos. Banding kitar diesel.

Kembali ke atas