Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cairan yg masam rasanya (biasanya dibuat drpd nira kabung, nyiur, dll); ~ belanda cuka yg dibuat drpd anggur dll melalui proses kimia, asid asetik; ~ getah asid utk membekukan getah, asid formik; ~ jawa cuka yg dibuat drpd nira; minum ~ pagi hari = ~ diminum pagi hari prb bermuka masam kerana benci atau marah akan sesuatu; mencuka ki menjadi masam spt cuka (bkn wajah, muka) kerana marah, geram, dll: Cik Zabedah mengekorinya dgn wajah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cairan yg masam rasanya (biasa­nya dibuat drpd nira). ~ getah asid utk membekukan getah; asid formik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuka

Puisi
 

Ikan tenggiri makan menyambar,
     Cuka-cuka dalam peti;
Bila berpucuk daunnya lebar,
     Akar menjalar ke sana ke mari.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bak tengguli ditukar cuka.

Bermaksud :

Pertukaran yang amat bertentangan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bamboo vinegarcuka buluhBuluhTiadaProduk sampingan berupa cecair, yang dihasilkan semasa pirolisis arang buluh, dengan komponen kimia utamanya ialah asid asetik.
caperkaper (sayur)Pentadbiran PerniagaanTiadaKuntum bunga yang dijeruk di dalam garam dan cuka sebagai bahan perasa, yang boleh didapati di Greece, Afrika Utara dan Eropah Selatan.
acridakridHerbaFitoterapiBau yang tidak menyenangkan atau rasa yang pedar, pedas dan tajam seperti cuka.
pyrolizerpirolizerBuluhTiadaAlat yang digunakan untuk menjalankan pirolisis bagi menghasilkan arang, bioarang dan hasil sampingan seperti cuka.

Kembali ke atas