Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hanya, melainkan, semata-mata: mereka datang ~ dgn tulang delapan kerat saja; aku tidak berkata apa-apa ~ menggangguk saja; cuma-cuma, percuma 1. tidak ada faedah­nya (gunanya, manfaatnya), sia-sia: ~ emak berkata begitu; bukan main marahnya apabila mendapati tindakannya percuma belaka; 2. tidak dikenakan bayaran, tidak perlu membayar: kelas yg dianjurkan oleh kesatuan itu dibuka dgn ~; bercuma ark sia-sia, tidak ada faedah; mempercumakan 1. mensia-siakan, meng­anggap tidak penting (berguna), membuang­-buang (masa dll); 2. memberikan sesuatu dgn percuma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuma I

Puisi
 

Pokok kelapa bercabang tiga,
     Dikerat orang memakai gergaji;
Saya cuma hendak menduga,
     Sejauh mana sumpah dan janji.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Laksana lembu dogol (= dungkul),
     tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol.

Bermaksud :

Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. dogol = tidak bertanduk.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abecedarianabecedarianKesusasteraanTiadaHuruf pertama pada setiap baris puisi yang berurutan mengikut susunan abjad. Contoh: Aku kembali Bawa rasa duka Cuma dengan rindu Duka mencucuk jiwa Entah di mana Fahamku tidak keruan Gugur bak gerimis Hingga basah di rumput diri. (Sumber : sajak �Menunggu Waktu� karya Arbak Othman (2017)
laypuisi dendangKesusasteraanPuisiPuisi yang diciptakan untuk dinyanyikan dengan tujuan menghiburkan khalayak. Antara contoh puisi yang dilagukan ialah puisi "Sepanjang Jalan" karya Zurinah Hassan. Sepanjang jalan ke Pulau Pinang laut mengimbau sayu ombak-ombak ini hatiku berhasrat tiada tepi pecah di pantai berbuih cuma . Sepanjang jalan ke Pulau Pinang hujan memberi Iagu angin menampar ke tiap ruang rasa berhiba-hiba awan pilu.

Kembali ke atas