Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ri] | چوري

Definisi : ; berinai ~ istiadat menghias dan menginai pengantin perempuan (dihadiri oleh kaum keluarga sahaja); maling ~ bermacam-macam perbuatan mencuri; curi-curi (dgn) diam-diam, secara rahsia: mereka ~ berjumpa kerana takut diketahui oleh keluarga masing-masing; mencuri 1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya, memaling: kadang-kadang dia ~ duit ayahnya dan sebab itulah dia selalu dipukul; 2. = mencuri-curi mem­buat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam (sembunyi-sembunyi, rahsia): ketika saya ~ melihat mukanya, nampak ia tersenyum; dia telah ~ pergi bersama-sama kawannya; ~ hati memikat hati; ~ masa menggunakan masa bekerja utk hal lain; ~ pandang memandang dgn cepat-cepat lalu menoleh ke tempat lain; ~ pekerja mengambil atau menarik pekerja (yg sedang berkhidmat dgn) sesebuah syarikat dll tanpa kerelaan majikan­nya; ~ tulang mengelakkan pekerjaan dgn tipu helah (kalau tidak diawasi tidak bekerja); curian barang (apa) yg dicuri, hasil mencuri; kecurian 1. kehilangan harta benda dll kerana kena curi, kemalingan: ~lah baginda tujuh biji peti yg berisi emas; 2. menanggung atau menderita sesuatu kerana lalai; pencurian perihal (perbuatan) mencuri; pencuri orang yg mencuri, maling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ri] | چوري

Definisi : ; mencuri 1 mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya: Orang yg ~ ayamnya itu telah ditangkap polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara sem­bunyi-sembunyi: Dia ~ melihat gadis itu. curian barang atau apa-apa yg dicuri; hasil mencuri: Segala rampasan dan ~nya disimpan di dlm sebuah gua. kecurian 1 kehilangan (harta benda dll) kerana dicuri: Baginda telah ~ tujuh buah peti yg berisi emas. 2 kejadian mencuri atau dicuri: ~ menjadi-jadi di kawasan itu. pencurian perbuatan atau hal mencuri. pencuri orang yg mencuri: ~ itu telah ditangkap polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata curi

Puisi
 

Orang Arab pergi Makasar,
     Jalan kaki Kampung Cik Tahir;
Jangan harap taukeh di pasar,
     Garam sekati curi setahil.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
larcenycuriKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah yang khususnya melibatkan pengambilan harta peribadi atau harta perniagaan milik orang lain secara salah.
auto vehicle theftcuri kenderaanKriminologiKeadilan JenayahJenayah harta benda yang melibatkan tindakan mencuri kenderaan bermotor milik orang lain. Antara motif jenayah ini adalah untuk mengaut keuntungan, memilikinya untuk kegunaan sendiri atau melakukan jenayah lanjutan.
motor vehicle theftcuri kenderaan bermotorKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah harta benda yang melibatkan kecurian atau percubaan mencuri kenderaan bermotor atau mana-mana bahagian kenderaan tersebut.
instrumental crimejenayah berhabuanKriminologiKeadilan JenayahKesalahan bermotifkan ganjaran dalam bentuk kewangan, pangkat, harta dan kepentingan lain. Contohnya, pecah rumah, rompakan dan curi.
cybersecuritykeselamatan siberTeknologi MaklumatTiadaAmalan untuk mempertahankan aset siber seperti rangkaian, sistem, maklumat dan program atau aplikasi daripada ancaman siber seperti curi, kompromi atau serangan. Kaedah ini memerlukan pemahaman tentang ancaman maklumat yang berpotensi, seperti virus dan kod hasad yang lain. Strategi keselamatan siber termasuklah pengurusan identiti, pengurusan risiko dan pengurusan insiden.
burglarypecah rumahKriminologiKeadilan JenayahJenayah harta benda yang melibatkan tindakan memasuki premis seperti rumah atau bangunan tanpa kebenaran atau hak yang sah, bertujuan untuk melakukan jenayah curi.

Kembali ke atas