Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.bus] | دابوس

Definisi : = permainan ~ = pertunjukan ~ per­tun­jukan kekebalan dgn mencuba melukai diri; anak ~ orang yg mengambil bahagian dlm permainan dabus; besi ~ = mata ~ sj besi tajam utk melukai atau menusuk diri (dlm per­mainan dabus); khalifah ~ pemimpin per­mainan dabus; ~ rantai rantai besi yg merah pijar warnanya dan dipakai dlm permainan dabus; berdabus memperlihatkan permainan dabus, mempertunjukkan kekebalan: pendekar leka bersilat, khalifah leka ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dabus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dabusdabusKesusasteraanTiadaSejenis tarian rakyat yang terdapat di Perak, Dabus ditarikan oleh 15 � 18 orang penari. Tarian ini dipersembahkan semasa temasya perkahwinan, pesta pertabalan dan upacara keagamaan. Terdapat dua bahagian dalam tarian ini. Pertama, penari bergerak mengikut rentak gendang sambil menggoncang anak dabus. Kedua, penari berada dalam keadaan separa lupa sambil mencucuk lengan masing-masing dengan anak dabus dibiarkannya bergantung di lengan. Tarian ini dipercayai berasal dari Parsi dan dibawa ke Sumatera pada kurun ke-18. Seterusnya, tarian ini dibawa ke Pasir panjang, Setiawan, perak oleh seorang nakhoda kapal bernama Nakhoda Lombong dari Batu Bara, Acheh. Dabus berasal daripada perkataan Bugis yang bererti �Lembing tajam�. Dabus dikenali juga sebagai anak dabus yang dipegang oleh penari semasa mereka menari.

Kembali ke atas