Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.da] | دادا

Definisi : 1. bahagian tubuh yg di hadapan terletak di antara perut dgn leher; 2. = buah ~ susu (tetek) perempuan; 3. = rongga ~ ruang dada yg mengandungi jantung dan paru-paru; mem­busungkan ~ ki membanggakan diri, mem­per­lihatkan lagak sombong; 4. bahagian yg bertentangan dgn tulang belakang buku; ~ akhbar halaman hadapan akhbar; ~ ayam = ~ burung dada yg bergembung ke atas; ~ bidang dada yg lebar; ~ lapang ki sabar, tidak pemarah; ~ lega ki senang hati; (dgn) ~ terbuka (dgn) rela, (dgn) ikhlas; ~ manusia tidak dapat diselam prb fikiran atau isi hati orang tidak dapat diduga; belah ~ lihatlah hati prb berkata dgn benar; seluas ~ tuma prb terlalu sempit; tepuk ~ tanya selera prb berfikir dahulu sebelum membuat keputus­an; tiba di ~ dibusungkan, tiba di perut di­kempiskan prb perlakuan yg tidak adil; berdada mempunyai dada yg penuh (berisi); berdada-dadaan berlawan satu sama satu, bertempur seorang lawan seorang; mendada 1. = berjalan ~ berjalan dgn mem­busungkan dada, berjalan dgn sikap angkuh atau perasaan megah: dia berjalan ~ dgn tidak memandang ke kiri dan ke kanan; 2. menahan (menangkis) dgn dada; 3. berdada-dadaan; perang ~ perang (pertempuran) se­orang lawan seorang; dadaan bahagian badan sebelah perut (ha­dapan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.da] | دادا

Definisi : ; ~ ruan sj tumbuhan (pokok), petaling air, Homalium frustescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.da] | دادا

Definisi : bahagian tubuh yg di hadapan di antara perut dgn leher: ~nya bidang. mendada 1 berjalan dgn membusungkan dada: Jalannya ~ saja, tidak memandang ke kiri atau ke kanan. 2 menahan (menangkis) bola dsb dgn dada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dada

Puisi
 

Anak dara pandai bergaya,
     Kain sempit berbelah dada;
Jalannya lembut berlenggang sahaja,
     Rajin bersolek malas bekerja.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Belah dada lihatlah hati.

Bermaksud :

Berkata benar.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
repetendbaris ulang ragamKesusasteraanTiadaUnsur ulangan pada perkataan, rangkai kata atau ayat kecil yang berlaku dalam puisi. Contohnya sajak karya Kemala, "Kaktus-kaktus" (Kaktus-kaktus, 1976, hlm. 22): ada nama ada nama di mata pawana ada mata ada mata di dada suasana ada dada ada dada mega-mega ada nama ada mata ada dada.
flail chestdada terkulaiKejururawatanTiadaKeadaan tiga atau lebih tulang rusuk yang patang dan menyebabkan dinding dada bergerak tidak selaras semasa pernafasan. Ciri klinikal utamanya ialah pernafasan paradoks.
angina pectorisangina pektorisKejururawatanTiadaKesakitan dada yang teruk akibat kekurangan pembekalan oksigen kepada miokardium (lapisan otot jantung).
chicken keellunas ayamUmumTiadaBahagian tengah dada ayam yang mempunyai tulang rawan.
antianginaantianginaHerbaFitoterapiBahan untuk melegakan sakit dada yang disebabkan oleh penyakit jantung seperti angina pektoris dan infark miokardium.
V-neckleher VFesyenTiadaBahagian leher baju yang berbentuk tirus ke dada.
pleuritispleuritisKejururawatanTiadaInflamasi pada lapisan parietal pleura. Ciri klinikal utamanya termasuk sakit dada yang perit dan meningkat semasa batuk dan bergerak, pernafasan cetek dan cepat serta bunyi kemasukan udara ke dalam paru-paru yang semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh pneumonia atau infeksi virus.
dyspnoeadispneaHerbaFitoterapiKesukaran bernafas yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti asma, sesak di dada atau pencemaran udara.
thoracentesistorasentesisKejururawatanTiadaPenusukan sebahagian trokar dan kanula ke dalam kaviti pleura melalui dinding dada untuk mengeluarkan cecair, darah, nanah dan udara.
defibrilationdefibrilasiKejururawatanTiadaPemberian kejutan elektrik pada kadar atau amaun yang ditetapkan di atas dada untuk menghapuskan disritmia yang membahayakan nyawa. Biasanya dilakukan ke atas pesakit yang mengalami fibrilasi ventrikel, takikardia ventrikel dan fibrilasi atrium.
123

Kembali ke atas