nontraded goods | barang bukan dagangan | Ekonomi | Tiada | Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara untuk pasaran dalam negeri dan bukan untuk pasaran antarabangsa. Kos pengangkutan yang tinggi dan sekatan perdagangan mungkin merupakan antara faktor yang menyebabkan barangan tidak dapat diperdagangkan ke luar negeri. Sinonim barangan bukan dagangan, komoditi bukan dagangan. |
nontraded commodity | barangan bukan dagangan | Ekonomi | Tiada | Lihat barang bukan dagangan. |
retail merchandising | perdagangan runcit | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Aktiviti penjualan barang dagangan dengan cara peruncit, jenama atau syarikat produk lain menjadikan barang dagangan mereka tersedia di kedai. Perdagangan runcit merangkumi pelaksanaan dan strategi yang meliputi pemilihan produk, penempatan produk, reka bentuk paparan, dan teknik lain. Tujuan perdagangan runcit adalah untuk menggalakkan pelanggan membuat pembelian barangan secara terus dari kedai. |
countertrade | dagangan balas | Ekonomi | Tiada | Bentuk perdagangan antarabangsa yang mensyaratkan sesebuah negara pengeksport mengimbangi semua atau sebahagian daripada nilai eksportnya dengan mengimport barang-barang dari negara pengimport. |
scalping trading | dagangan saham singkat | Ekonomi | Tiada | Strategi pelaburan saham yang dilakukan oleh pedagang saham singkat untuk mengaut keuntungan daripada perubahan harga yang kecil dan membuat keuntungan yang cepat dengan penjualan semula saham. |

visual merchandise | dagangan visual | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Produk atau perkhidmatan yang dijual dengan cara mengoptimumkan persembahan produk dan perkhidmatan tersebut secara visual supaya lebih menonjolkan ciri dan faedahnya. Tujuannya adalah untuk menarik minat dan memotivasikan pelanggan supaya melakukan pembelian produk atau perkhidmatan tersebut. |
scalper | pedagang saham singkat | Ekonomi | Tiada | Pedagang yang memasuki pasaran saham dan berusaha mengaut keuntungan daripada perubahan harga yang kecil dan membuat keuntungan yang cepat dengan penjualan semula saham. Mereka boleh melakukan dagangan seperti ini beberapa kali dalam sehari dan sentiasa memantau tahap harga setiap dagangan saham. |

visible export | eksport nampak | Ekonomi | Tiada | Eksport barang dagangan yang boleh dilihat dan disentuh. Eksport nampak termasuk getah, minyak kelapa sawit, dan komponen barang elektrik dan elektronik. |