Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. antara, di kalangan: ~ mereka yg bertiga belas itu ada yg bergirang-girang; 2. di dalam (bukan di luar lingkungan dsb sesuatu): ~ Wilayah Persekutuan; ~ bidang mata pelajaran tersebut; 3. sambil: ~ kita berharap keadaan akan bertambah baik kita mesti juga beringat-ingat; 4. pd waktu (tertentu): kita berharap keadaan akan bertambah baik ~ tahun hadapan; dia masih ~ pantang lagi; ~ idah masa belum boleh berkahwin lain (bagi perempuan yg baru menjadi janda); ~ negeri (dlm) lingkungan sesebuah negeri itu sahaja; ~ tangan dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; ~ dua tengah tiga prb tidak jujur; kilat di ~ kilau prb tujuan (maksud) yg terkandung dlm percakapan atau tingkah laku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 mengenai; tentang; berkenaan dgn: Dia memang pakar ~ hal itu. 2 selama masa tertentu; pd waktu tertentu: ~ masa dua jam lagi, ia akan sampai. 3 di kalangan; di antara: ~ mereka yg ramai itu, ada yg pandai bermain piano. 4 mengalami; ditimpa: Para nelayan ~ keadaan susah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalam II


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
DNA polymerase IIDNA polimerase II (Pol II)BiologiGenetikEnzim yang mempunyai aktiviti polimerase untuk memanjangkan molekul DNA dalam arah 5� ke 3�, tetapi tidak mempunyai aktiviti eksonuklease. bd. DNA polimerase I, DNA polimerase III.
redox reactiontindak balas redoksKimiaTiadaTindak balas penurunan dan pengoksidaan yang berlaku serentak dalam tindak balas kimia. Misalnya, tindak balas kuprum(II) oksida dengan zink menghasilkan logam kuprum dan zink(II) oksida. Dalam tindak balas ini, kuprum(II) oksida diturunkan menjadi logam kuprum manakala logam zink dioksidakan menjadi zink(II) oksida. Tindak balas ini melibatkan pemindahan elektron dari zink (iaitu tindak balas pengoksidaan) kepada ion kuprum(II) (iaitu tindak balas penurunan).
Hpa II tiny fragmentskeratan kecil Hpa IIBiologiGenetikKeratan DNA yang terhasil apabila DNA vertebrat dikerat dengan enzim Hpa II. panjang keratan ialah dalam lingkungan 120 bp.
estimateanggaranMatematikTiadaKiraan kasar yang melibatkan penghampiran untuk jawapan kepada sesuatu masalah. Contoh: (i) Dari ukuran lilitan dan jejari satu bulatan, anggaran nilai π boleh didapati. (ii) Dalam statistik, min suatu sampel diambil sebagai anggaran min suatu populasi.
mesothorium-IImesotorium-IIKejuruteraanTiadaNama biasa untuk 6.13 aktinium-228 dalam siri torium.
in terms ofdalam sebutanMatematikTiadaFrasa yang digunakan apabila menggunakan sesuatu untuk menghuraikan yang lain. Contoh: (i) Dalam y = 3x2 + x - 5, y diungkapkan dalam sebutan x. (ii) Dalam p = 4xy - 5x, p diungkapkan dalam sebutan x dan y.
SRC-II processproses SRC-IIKejuruteraanKejuruteraan KimiaSingkatan bagi proses �Solvent Refined Coal II�, iaitu pembaikan proses SRC dengan keutamaan untuk menghasilkan minyak sintetik dan bukannya bahan api pepejal bebas sulfur atau galian. Proses dimulakan dengan menambahkan arang batu serbuk ke dalam buburan minyak produk edaran bercampur hidrogen pada suhu 370 - 400�C dan tekanan 1500 � 2000 psig. Ini bertujuan untuk merangsang penguraian terma dan pelarutan eksotermik arang batu. Produk minyak berat yang bersuhu 440 - 465�C kemudiannya disuling untuk mendapatkan komponen minyak sintetik.
attributesifatTeknologi MaklumatPerisiani. Komponen yang mengandungi nilai logik yang dibenarkan. Contohnya, dalam satu pangkalan data, entiti pelajar mempunyai beberapa sifat seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat dan sebagainya. ii. Dalam sistem Windows, sifat merujuk kepada ciri yang mewakili hak kebenaran fail seperti hak membaca atau menulis.
calciumkalsiumPerubatanTiadaUnsur alkali tanah dalam kumpulan II, logam divalen, elektrolit dalam bendalir tubuh, merupakan suatu komponen dalam struktur tulang dan gigi.
calciumkalsiumPerubatanTiadaUnsur alkali tanah dalam kumpulan II, logam divalen, elektrolit dalam bendalir tubuh, merupakan suatu komponen dalam struktur tulang dan gigi.
12345678910...

Kembali ke atas