Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dalang] | دالڠ

Definisi : 1. tukang cerita (dlm wayang kulit), orang yg memainkan wayang kulit (dgn meng­gerak-gerakkan patung yg menjadi watak cerita sambil bercerita): ~ itu pun berwayang­lah lakon Pendawa Jaya; 2. ki orang yg memimpin (mengatur langkah dsb) sesuatu gerakan secara sulit atau dgn sembunyi-sembunyi: siapakah ~nya di belakang ge­rakan ini?; ~ politik orang yg merancang, mengatur, memimpin dsb sesuatu kegiatan politik secara sulit atau sembunyi: terlalu banyak ~ politik yg bermain di sebalik tabir politik parti; mendalang memainkan wayang kulit: pd perayaan hari kemerdekaan, negeri Kelantan telah mengirimkan beberapa orang utk ~; mendalangi memimpin (mengatur langkah dsb) sesuatu gerakan secara sulit atau dgn sembunyi-sembunyi: orang yg ~ pemberon­takan itu sedang dicari-cari; mendalangkan 1. bermain (memper­tunjuk­kan) wayang kulit; 2. = mendalangi; pendalangan perihal mendalang (cerita atau pengetahuan dalang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dalang] | دالڠ

Definisi : orang yg memainkan wayang kulit (dgn menggerak-gerakkan patung-patung sambil bercerita). ~ politik orang yg merancang, mengatur, memimpin dsb sesuatu kegiatan politik secara sulit atau sembunyi-sembunyi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dalangdalangKesenianDrama dan TeaterTokoh yang berperanan sebagai tunggak utama dalam persembahan wayang kulit. Dalang bertindak sebagai tokoh pencerita, penggerak boneka dan pemimpin ensembel muzik kerana dalang memberikan petunjuk kepada pemuzik yang mengiringi persembahannya.
dalangdalangKesusasteraanTiadaOrang yang berperanan sebagai sutradara, pelaku yang mengucapkan dialog, bercerita, menyanyi seperti yang terdapat dalam pertunjukan-pertunjukan tradisional. Contoh: dalang dalam pagelaran wayang kulit.
dalangdalangMuzikTiada

 Individu yang memanipulasikan patung wayang kulit dan melengkapkan cerita dengan dialog serta nyanyian bagi semua watak. Dalang juga mengendalikan upacara ritual sebelum bermulanya sesuatu persembahan.

dalang's associationpaguyuban dalangKesusasteraanTiadaPersatuan para dalang seperti yang terdapat di Pulau Jawa.
puppeteerdalangPendidikanTiadaTiada
puppeteerdalangKesenianTiadaSeseorang yang menguasai pergerakan boneka dalam pertunjukan boneka.
wayang languagebahasa wayangKesusasteraanTiadaBahasa yang digunakan oleh dalang dalam pertunjukan wayang kulit.
puppet governmentkerajaan bonekaSejarahTiadaBentuk kerajaan yang digunakan sebagai dalang dengan mengikut telunjuk pihak tertentu atau pihak yang lebih berkuasa.
puppetbonekaKesenianTiadaBoneka: 1. Patung kecil berupa manusia atau haiwan yang digerakkan oleh seorang dalang dalam sesuatu pertunjukan.
shadow showwayang kulitKesusasteraanTiadaPermainan rakyat yang menggunakan patung yang diperbuat daripada kulit sebagai watak dalam cerita yang digerakkan oleh dalang.
123

Kembali ke atas