Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan juga

Puisi
 

Orang Cina juga Melayu,
     Juga Jepun tak jadi bertanam;
Apa kena bungaku layu,
     Bunga ditunggu salah ditanam.


Lihat selanjutnya...(185)
Peribahasa

Lurah juga diturut air,
     bukit juga dilejang panas.

Bermaksud :

Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plateplatSains MarinTiadaKepingan yang terdiri daripada kerak benua dan juga lautan yang terdapat di dalam bahagian litosfera bumi.
credokredoKesusasteraanPuisiPuisi yang menonjolkan fahaman, kepercayaan, agama, akidah dan juga syahadah. Puisi yang dihasilkan mengandungi salah satu ataupun Iebih aspek tersebut. Contohnya, kumpulan puisi Nyanyi Sunyi karya Amir Hamzah.
transmediatransmediaUmumTiadaInteraksi antara pelbagai bentuk media yang membawa kepada penumpuan dan juga pemindahan kandungan dari satu bentuk media ke bentuk yang lain. Dengan kata lain, transmedia merujuk kepada hubungan antara pelbagai bentuk media.
wheatmealtepung gandumPerikananAkuakulturBahan mentah yang digunakan dalam makanan rumusan ikan. Bahan ini berfungsi sebagai sumber karbohidrat dan juga bahan perekat.
penetration signaturetandatangan penembusanTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Maklumat mengenai keadaan sistem atau kumpulan syarat yang perlu dicapai dalam sistem komputer dan juga aktiviti yang berlaku dalam sistem yang boleh memberi petunjuk bahawa percubaan menceroboh sedang dijalankan. 2. Maklumat mengenai langkah yang diambil atau kaedah yang digunakan oleh pengguna hasad atau proses automasi sebagai modus operandi semasa menceroboh suatu sistem komputer. Maklumat ini boleh disertakan ke dalam perisian keselamatan seperti sistem pengesanan pencerobohan untuk mengenali tingkah laku yang mungkin boleh membawa kepada pencerobohan.
atomic forcedaya atomNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanDaya tindak balas antara atom termasuk daya tarikan atau tolakan yang bertindak antara atom dan juga atom-atom yang berdekatan.
cassava mealtepung ubi kayuPerikananAkuakulturBahan mentah yang digunakan dalam makanan rumusan ikan. Tepung ubi kayu berfungsi sebagai sumber karbohidrat dan juga bahan perekat.
umbrella liability policypolisi liabiliti payunginsuransTiadaPerlindungan tambahan yang pada dasarnya memberi had perlindungan yang tinggi, lebih daripada had polisi-polisi primer dan juga perlindungan liabiliti tambahan biasa. Perlindungan ini tertakluk kepada bendungan swainsurans.
heroismkewiraan/heroismeKesusasteraanPuisiAliran dalam penciptaan puisi yang menerapkan unsu kewiraan. Heroisme seseorang tokoh sejarah atau legenda dilihat daripada segi keberanian. kepahlawanan dan juga kegagahannya. Contohnya, puisi ''Pasir Salak'' karya Firdaus Abdullah yang menceritakan tentang kewiraan Datuk Matiarajalela. Langkah pendekar langkah berisi langkah pahlawan tak kenal gentar rawana lnggeris hendak dicari hendak dipenggal hendak dikelar. Pendekar gagah pendekar berani Ngah Jabor serta Tuk Sagor gagah pendekar tak takut mati Walau selangkah berpantang undur. Maharajalela, Maharajalela jika memancung tiada bertanya kobarkan semangat biar menyala tuntutlah mali tuntutlah bela.
pupuhpupuhKesusasteraanPuisiNama atau bentuk lagu yang dikenali di kalangan masyarakat Jawa Barat khususnya Sunda. Bentuk lagu ini terikat dengan jumlah suku kata tertentu dan juga baris dalam sesuatu bait atau untai. Sinonim kanto.
12345678910...

Kembali ke atas