unearned premium | premium tidak terperoleh | insurans | Tiada | Bahagian premium asal belum menjadi hak insurer dan sekiranya polisi dibatalkan, maka bahagian tersebut dikembalikan kepada empunya polisi. Contoh: dalam hal premium tahunan, selepas satu bulan tempoh premium terdapat 11/12 daripada premium tersebut yang masih belum terperoleh. |
return commission | komisen pulangan | insurans | Tiada | Komisen yang dibayar balik oleh ejen sekiranya polisi dibatalkan sebelum tarikh tamat polisi tersebut. Keadaan ini wujud kerana komisen adalah berdasarkan kepada premium tahunan, dan sekiranya polisi dibatalkan sebelum premium diperolehi sepenuhnya, bahagian prorata komisen akan dikembalikan. |
increased hazard | bahaya meningkat | insurans | Tiada | Polisi insurans harta ditetapkan bahawa perlindungan akan digantung sekiranya bahaya dalam risiko yang diinsuranskan bertambah melebihi tahap yang dijangkakan semasa polisi dikeluarkan. Contoh: jika tuan punya rumah kediaman membuat bahan letupan di dalam rumahnya, bahaya bagi rumah tersebut akan bertambah, dan sekiranya kerugian berlaku tuntutan akan ditolak oleh insurer. |
heat range | julat haba | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ukuran keupayaan palam pencucuh untuk memindahkan haba dari hujung badan penebat ke bahagian dalam kepala silinder. Julat ini ditentukan oleh jarak antara dua kedudukan tersebut. Jarak ini juga menentukan jenis palam pencucuh, iaitu sekiranya jarak tersebut lebih panjang, palam akan lebih panas dan sekiranya jarak lebih pendek, palam akan lebih sejuk. |
foreslope | cerun depan | Sains Marin | Tiada | Bahagian terumbu organik yang bercerun curam, menganjur dari pinggir luarnya di kedalaman yang berjarak 10 fatom. Cerun ini menjadi tempat kepada terumbu karang yang terbesar, berikutan keadaan sekelilingnya yang sesuai kerana tindakan ombak yang terhad. Terumbu karang yang paling pelbagai terdapat pada cerun berkedalaman antara 15-20 m kedalaman, dan sekiranya semakin dalam, spesies terumbu karang juga akan semakin berkurang. Kepelbagaian spesies terumbu karang di kawasan ini adalah berkorelasi kuat dengan kehadiran cahaya. Terumbu di kawasan Lautan Pasifik boleh didapati sehingga pada kedalaman 50-60 m, manakala di Lautan Atlantik sehingga 100 m yang disebabkan oleh perbezaan penembusan cahaya ke dalam laut. |
mood | suasana hati | Kesusasteraan | Puisi | Perkara yang berhubung dengan penyair dan proses penciptaan. Sekiranya suasana hatinya baik dan ilham datang, proses penciptaan sesebuah puisi itu berjalan lancar. Sebaliknya jika suasana hatinya kurang baik dan ilham tiada, proses penciptaan itu tersekat. |
general equlibrium analysis | analisis keseimbangan umum | Ekonomi | Tiada | Analisis yang melihat sebuah ekonomi secara keseluruhan dan menyiasat bagaimana harga dan kuantiti keseimbangan bagi barang-barang dan perkhidmatan ditentukan secara serentak dalam ekonomi. Sekiranya sebuah ekonomi dibahagikan kepada beberapa pasaran, maka analisis keseimbangan umum akan mengambil kira hubung kait antara pasaran itu dalam menentukan keseimbangan kesemua pasaran tersebut secara serentak. |
fire command centre | pusat operasi kebakaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bilik khusus dalam sesebuah premis untuk tujuan arahan dan kawalan operasi sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan. |
control of supply | kawalan pembekalan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kawalan yang dikenakan ke atas pembekalan produk dan kosmetik herba. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), seseorang hanya boleh membekal sebarang produk sekiranya produk tersebut ialah produk berdaftar dan memiliki lesen yang bersesuaian dan sah. Kosmetik pula perlu dinotifikasikan, bagi membolehkan kosmetik ini dibekalkan. Namun, peraturan pemilikan lesen tidak tertakluk kepada peruncit untuk membekal sebarang produk. |
control of sale | kawalan penjualan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kawalan yang dikenakan ke atas penjualan produk dan kosmetik herba. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), seseorang hanya boleh menjual sebarang produk sekiranya produk tersebut ialah produk berdaftar dan memiliki lesen yang bersesuaian dan sah. Kosmetik pula perlu dinotifikasikan, bagi membolehkan kosmetik ini dijual. Namun, peraturan pemilikan lesen tidak tertakluk kepada peruncit untuk menjual sebarang produk. |