master fund | dana induk | Kewangan | Tiada | Kompleks dana yang mengumpulkan dana daripada pelabur dan kemudiannya melaburkan dana-dana tersebut ke pelbagai pasaran sebelum menyerahkan semula keuntungan kepada pelabur. |
hedge fund | dana perlindungan | Ekonomi | Tiada | Dana yang dikumpulkan untuk pelaburan oleh rakan kongsi terhad. Dana ini pula akan diuruskan oleh rakan kongsi umum yang boleh berkongsi keuntungan yang didapati daripada pelaburan rakan kongsi terhad itu. Tidak seperti pelaburan syarikat, dana perlindungan boleh memperoleh leveraj dengan meminjam wang dari bank dan boleh melalui pembelian sekuriti untuk jangka masa pendek. |
loanable fund | dana boleh pinjam | Ekonomi | Tiada | Dana yang ditawarkan ke pasaran wang untuk dipinjam. Dua sumber yang menyumbangkan kepada dana pinjaman, iaitu bank perdagangan, dan penabung yang terdiri daripada individu, syarikat, dan kerajaan. Individu menabung sebahagian daripada pendapatan boleh guna, syarikat menabung elaun susut nilai dan sebahagian daripada perolehan tersimpan, sementara kerajaan menabung lebih hasil cukai. Tabungan dianggap dana pinjaman hanya apabila tabungan itu ditawarkan untuk dipinjam, sama ada secara langsung kepada peminjam atau melalui pengantara kewangan seperti bank. |
guaranteed fund | dana terjamin | insurans | Tiada | Dana yang ditubuhkan berikutan penguatkuasaan undang-undang dan dibiayai oleh levi daripada syarikat insurans yang beroperasi di negara berkenaan. Dana ini digunakan untuk membayar tuntutan insurans ke atas insurans yang bankrap. |
life insurance fund | dana insurans hayat | insurans | Tiada | Dana yang disediakan oleh syarikat insurans hayat bagi menjelaskan tuntutan di masa hadapan yang akan dibuat oleh pemegang polisi. Wang di dalam dana ini dilaburkan dalam pelbagai pelaburan seperti ekuiti, sekuriti, hartanah dan lain-lain pelaburan yang memberi faedah tetap. |
sinking fund | dana terikat | Ekonomi | Tiada | Dana yang diperuntukkan untuk pembayaran semula hutang seperti penjelasan bon, sama ada secara ansuran atau sekali gus pada tarikh matang hutang itu atau untuk elaun susut nilai. Sementara menunggu kematangan hutang, tunai dari dana ini boleh juga dilaburkan di pasaran wang. |
revolving fund | dana pusingan | Ekonomi | Tiada | Stok wang yang dikumpulkan khas untuk tujuan pinjaman perniagaan. Dana pusingan akan diisi semula oleh pembayaran semula pinjaman. Dengan itu, wang yang terkumpul boleh dipinjam lagi kepada orang lain atau kepada orang yang sama juga. Oleh itu dana yang ada sentiasa keluar masuk. |
emergency fund | dana kecemasan | insurans | Tiada | Dana yang disediakan untuk membayar faedah kecemasan. |
wholesale fund | dana borong | Sukan | Tiada | Dana berjumlah besar yang dipinjamkan oleh institusi kewangan dalam�pasaran wang untuk dijadikan modal dan pembiayaan. |
feeder fund | dana pembekal | Kewangan | Tiada | Salah satu daripada beberapa subdana yang mengumpulkan modal pelaburan dan melabur ke dalam dana induk. |