Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pukulan: maka drpd ~ palu Johan Alam itu, maka ranap cetai penghulu pen­dekar itu; 2. perkalian, kali-kali; sifir ~ sifir kali-kali (mis 2 × 1, 2 × 2, 2 × 3, dan seterusnya); mendarab, mendarabkan mengalikan, mem­­perkalikan: bagaimanakah mem­per­oleh jawabannya apabila ~ sesuatu nombor dgn 10? pendaraban proses mendarab atau men­darabkan sesuatu; pendarab angka yg didarabkan dgn angka lain, angka perkalian, pengali (dlm kira-kira). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; kira-kira ~ cara atau kaedah menghitung utk menggandakan sesuatu angka (spt 2 × 4 = 8). mendarab membuat hitungan darab; mengali. mendarabkan mendarab sesuatu nombor dgn nombor lain: Apakah jawapannya apabila kita ~ 5 dgn 10? daraban nombor yg dpt dibahagikan dgn sesuatu angka tanpa baki: 10 ialah ~ 5; 4 ialah ~ 2. pendaraban perbuatan (proses dsb) mendarab atau mendarabkan; pengalian: ~ angka-angka yg besar spt itu amat sukar. pendarab angka yg didarabkan dgn angka lain; pengali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darab


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stability constantpemalar kestabilanKimiaKimia AnalisisPemalar yang menyatakan kestabilan suatu kompleks. Ia merupakan hasil darab kepekatan hasil tindak balas terhadap hasil darab kepekatan bahan tindak balas. Bagi satu kompleks MLn, yang terbentuk daripada tindak balas ion logam Mn+ L, pemalar kestabilan adalah seperti yang berikut:
compressibility factorfaktor ketermampatanKimiaKimia AnalisisFaktor untuk mengungkap penyisihan gas daripada sifat unggulnya dan ditakrifkan sebagai nisbah hasil darab tekanan dengan isi padu terhadap hasil darab suhu dengan pemalar gas.
angular impulseimpuls bersudutSains SukanBiomekanikHasil darab tork dengan masa yang juga merupakan perubahan momentum bersudut. Lihat juga tork, momentum bersudut.
retention volumeisi padu penahananKimiaTiadaHasil darab masa penahanan dengan kadar aliran fasa gerak dan dapat dinyatakan sebagai VR = TR x F dengan, VR = isi padu penahanan TR = masa penahanan F = kadar aliran fasa gerak
ionization constantpemalar pengionanKimiaKimia AnalisisNisbah hasil darab aktiviti ion-ion yang terhasil daripada suatu bahan seperti asid atau bes terhadap aktiviti daripada molekul bahan itu yang tidak terurai. Bagi asid lemah HA, pemalar pengionannya, Ka diberikan oleh persamaan
equivalent dosedos setaraTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikHasil darab dos terserap, D bagi tisu dan faktor kualiti, Q. Dos setara, E boleh diungkapkan sebagai E = DQ. Nilai Q bersandar pada jenis sinaran, dengan Q = 1 untuk sinar-X, sinar gama dan zarah beta, manakala untuk proton, neutron dan zarah alfa, nilainya lebih besar daripada 1. Unit bagi E ialah Sievert (SV) dan D ialah gray. Dos setara 1 Sv untuk seluruh badan boleh menyebabkan sedikit perubahan pada darah, manakala 2.5 Sv boleh menyebabkan kehilangan rambut, loya, atau kematian bagi kebanyakan kes. Lihat juga dos berkesan.
engine displacementsesaran enjinKejuruteraan AutomotifEnjinJumlah sesaran keseluruhan dan bersamaan hasil darab sesaran omboh dengan bilangan silinder. Sesaran enjin diungkapkan dalam unit cc yang bermaksud sentimeter padu atau liter. Contohnya, enjin kereta 1600 cc bersamaan dengan 1.6 liter.
form factorfaktor bentukPerhutananTiada1. Nisbah isi padu kayu yang diperoleh daripada hasil darab tinggi pokok dengan luas pangkal yang biasanya diukur pada ketinggian aras dada, iaitu 1.44 meter. Faktor bentuk digunakan untuk menganggarkan isi padu kayu yang boleh dihasilkan daripada sesuatu dirian. 2. Nisbah modulus kepecahan batang rasuk yang mempunyai bentuk dan ukuran tertentu kepada modulus kepecahan rasuk piawai.
momentmomenSains SukanBiomekanikDaya yang wujud dalam pergerakan bersudut. Secara matematiknya, momen ialah hasil darab sesuatu kuantiti dengan jarak serenjangnya dari suatu paksi rujukan.
instability constantpemalar ketakstabilanKimiaKimia AnalisisUkuran ketakstabilan suatu ion kompleks. Ia merupakan nisbah hasil darab aktiviti ion-ion yang terhasil daripada penguraian ion kompleks terhadap aktiviti ion kompleks yang tidak terurai. Bagi suatu ion kompleks MLp(n-pb)+ pemalar ketakstabilan ditulis seperti berikut:
12

Kembali ke atas