Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cecair berwarna merah yg mengalir dlm tubuh manusia atau binatang: orang yg cedera parah itu banyak mengeluarkan ~; 2. ki keluarga, sanak saudara, keturunan; pertalian ~ hubungan kekeluargaan atau keturunan; 3. ki sifat (kebolehan) semula jadi, bakat: ~ seni memang sudah lama mengalir di dlm jiwanya; 4. ki semangat, jiwa: ~ perwira memang terdapat di kalangan orang Melayu; (sudah) menjadi ~ daging a) (sudah) mendarah daging (sudah) sebati dgn atau meresap di dlm jiwa: ajaran sosialis sudah menjadi ~ dagingnya; b) = (sudah) menjadi kaum kerabat sendiri atau saudara sendiri; ~ gemuruh mudah gugup, lekas hilang ke­tenangan; ~ hidup darah yg masih cair (belum beku); ~ ikan warna merah tua; ~ lintah pekat, kental, likat (bkn air kopi dll); ~ manis mudah mendapat bahaya atau kecederaan (bkn orang yg bertunang dll); ~ mati darah yg sudah beku; ~ muda semangat atau perasaan orang muda; ~ panas pemarah, lekas marah; ~ putih keturunan orang bangsawan; ~ raja keturunan raja-raja; ~ tinggi sj penyakit yg menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi; ~ baru setampuk pinang prb masih terlalu muda; bersukat ~lah baru kuberi prb biar mati drpd menyerah kalah; bersukat ~ ber­timbang daging prb melawan sampai mati; me­nakik ~ di batu (dialu) prb kerja yg sia-sia (bekerja teruk, hasilnya sedikit); minta ~ pd dabung (daing) prb minta bantuan drpd orang yg tidak berupaya membantu;sedarah 1. satu keturunan, sama asalnya: bukankah Brunei negeri Melayu, orangnya ~ dgn kita; 2. ki sejenis, sebangsa, serupa: kalimat itu senafas dan ~ dgn kalimat-kalimat yg lain;berdarah 1. bkn sesuatu peristiwa (ke­malangan, pertempuran, dll) yg meng­aki­batkan kecederaan atau kematian: ke­jadian ~ 13 Mei 1969; 2. mempunyai darah, la­zimnya merujuk pd pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk: binatang mamalia ~ panas; 3. mengeluarkan (mengalirkan) darah: luka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; 4. ada (terdapat) darah yg melekat atau menyerap (pd kain, pisau, dll): kain pembalut itu penuh ~; 5. ber­keturunan, drpd keturunan: ~ bangsawan; ~ raja; 6. bersifat, bersemangat, berjiwa: orang Melayu memang ~ perwira; 7. ber­ke­bolehan semula jadi, berbakat: ~ seni; ~ bali Mn penakut; ~ dingin Id berdarah sejuk; ~ hangat Id berdarah panas; ~ hati sakit hati; ~ panas a) mempunyai darah yg panas dan agak tetap suhunya tanpa dipengaruhi oleh suhu keadaan sekitar (bkn mamalia); b) pe­marah; ~ putih berketurunan bangsawan (orang baik-baik); ~ sejuk mempunyai darah yg berubah suhunya mengikut suhu keadaan sekitar;mendarah spt darah; ~ daging (menjadi) sebati, meresap ke jiwa: kerja demikian sudah ~ daging dengannya; ~ lintah (menjadi) pekat atau kental;mendarahi melumuri (menyapu dgn) darah;perdarahan keadaan keluar darah atau ber­darah akibat cedera atau penyakit: terdapat sebilangan mereka yg hamil anak sulung yg mengalami ~ sehingga tiba proses kelahiran; pendarahan Id pengeluaran (pengaliran keluar) darah, turun darah: gangguan yg agak berbahaya ialah terjadinya ~ pd perem­puan; jika ~ berlaku semasa mengandung, ini semestinya merupakan suatu keadaan yg luar biasa; ~ dalam (luar) Id pengeluaran darah di dlm (di luar) tubuh; pendarah sakti (sudah banyak dipakai utk melukai orang): keris ~; ketujuh-tujuh bilah keris itu baik-baik belaka serta dgn bisanya dan ~nya dan tajamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darah I

Puisi
 

Hinggaplah hinggap ke kayu tinggi,
     Tumpah darah ke daun pisang;
Kamek datang tumpang di sini,
     Kain basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Minta dedak kepada orang mengubik.

Bermaksud :

Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Minta darah pada dabung, b. Minta darah pada daing).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blood vesselsalur darah; pembuluh darahPerubatanTiadaPembuluh yang membawa darah, terdiri daripada arteri, vena dan kapilari.
blood vesselsalur darah; pembuluh darahSosiologiTiadaPembuluh yang membawa darah, terdiri daripada arteri, vena dan kapilari.
blood vesselsalur darah; pembuluh darahPerubatanTiadaPembuluh yang membawa darah, terdiri daripada arteri, vena dan kapilari.
circulatory systemsistem peredaranPerubatanTiadaSistem darah, vesel darah, limfa, dan jantung yang berkaitan dengan peredaran darah dan limfa.
circulatory systemsistem peredaranPentadbiran PerniagaanTiadaSistem darah, vesel darah, limfa, dan jantung yang berkaitan dengan peredaran darah dan limfa.
blood mealserbuk darah; mil darahVeterinarTiadaTiada
blood mealserbuk darah; sajian darahPertanianTiadaTiada
blood productshasil darahPerubatanFarmakologi

Bahan yang didapati daripada pemisahan komponen darah melalui proses tertentu. Satu unit darah utuh yang diambil daripada penderma dapat diasingkan kepada beberapa jenis hasil darah seperti sel darah merah kejap, pekatan platelet, pekatan granulosit, plasma beku segar, albumin, kriopresipitat, imunoglobulin dan faktor pembekuan. Komponen yang terpisah digunakan mengikut indikasi tertentu seperti sel darah kejap dan pekatan platelet masing-masing digunakan dalam rawatan anemia dan trombositopenia yang teruk.

blood substitutepengganti darahPerubatanFarmakologi

Bahan sintetik yang digunakan untuk menggantikan komponen darah seperti plasma, sel darah merah dan faktor pembekuan tertentu untuk merawat pesakit. Kegunaan bahan pengganti darah berbeza mengikut komponen darah tersebut. Contohnya, cecair koloid menggantikan plasma untuk meningkatkan isi padu intravaskular manakala Desmopressin Acetate menggantikan Faktor VIII dalam penyakit hemofilia A yang ringan.

blood bankbank darahPerubatanTiadaTempat darah atau plasma darah disimpan sehingga diperlukan untuk pemindahan darah.
12345678910...

Kembali ke atas