Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : semangat atau perasaan orang muda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
penarahanpenarahanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu dalam famili Myristicaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk dara kerbau mendarah, pala dan penarahan arang, di Sabah ialah darah-darah, lempuyang poya, dan di Sarawak ialah kumpang. Terdapat empat genus utama, dan di antara spesiesnya ialah Horsfieldia grandis, Gymnacranthera bancana, Krema conferta, dan Myristica cinnamomea. Gubal kayu penarahan berwarna lebih muda daripada teras kayunya, yang biasanya berwarna coklat kekuningan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 370 hingga 770 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini lambat mengering serta mengalamio retak. Kayu penarahan sesuai untuk pembuatan kotak papan lapis, kerja binaan sementara, lantai dan dinding.
thromboangiitis obliteranstromboangiitis obliteransPerubatanTiadaPenyakit yang dicirikan oleh inflamasi dan penyekatan pembuluh darah, terutamanya pembuluh darah yang terdapat pada hujung anggota tubuh, biasanya kaki. Penyakit ini akhirnya mengakibatkan iskemia dan gangren pada tisu tersebut. Penyakit ini biasanya dihidapi oleh lelaki muda. Sin: penyakit Buerger.
Polyalthia bullataTongkat ali hitamPertanianTiadaTumbuhan jenis renek dalam famili Annonaceae. Tumbuhan ini tumbuh di hutan semula jadi Daunnya panjang dan berbulu perang terutama di bahagian tangkai dan batang muda. Bunganya kecil, berbentuk corong berwarna kuning muda. Buahnya bulat dan berwarna merah apabila masak. Batang dan akarnya berwarna hitam dan beraroma. Air rebusan akar diminum untuk memanaskan badan, melancarkan perjalanan darah, meransang pengeluaran peluh, mengembalikan tenaga, mengubati demam, sakti perut, sakit sendi, tonik wanita lepas bersalin dan membaiki sistem peranakan.
Polyalthia bullatatongkat ali hitamHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Annonaceae dan tumbuh di hutan semula jadi. Daunnya panjang dan berbulu perang terutama di bahagian tangkai dan batang muda. Bunganya kecil dan berbentuk corong berwarna kuning muda. Buahnya bulat dan berwarna merah apabila masak. Batang dan akarnya berwarna hitam dan beraroma. Air rebusan akar diminum untuk memanaskan badan, melancarkan perjalanan darah, merangsang pengeluaran peluh, mengembalikan tenaga, mengubati demam, sakit perut, sakit sendi, tonik ibu selepas bersalin dan membaiki sistem peranakan.
Archidendron jiringajeringHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Leguminosae dan berasal dari kawasan Malesia. Jering tumbuh liar di pinggir hutan dan ditanam sebagai sumber makanan. Daunnya berbentuk oblong-eliptik, daun muda lembut dan berwarna ungu pekat. Jambak bunga jenis panikel keluar dari celah daun. Bunganya kecil berwarna putih kehijau-hijauan. Buahnya besar jenis lenggai berwarna perang keungu-unguan. Buah tersusun dalam bentuk lingkaran dan mengandungi biji besar. Bijinya berbentuk bulat, biji muda berwarna hijau cerah dan bertukar perang kemerah-merahan apabila masak. Daunnya digunakan sebagai tampalan untuk merawat kerengsaan kulit dan sakit dada. Air rebusan akar dan kulit batang diminum untuk merawat darah tinggi dan sakit dada. Buah mudanya dimakan mentah sebagai ulam. Buahnya dimakan sebagai sumber antioksidan semula jadi. Pengambilan yang banyak akan menyebabkan sakit pada buah pinggang dan pundi kencing akibat pemendapan asid jenkolik.
Ardisia ellipticaMata ayamPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Myrsinaeae ini juga dikenali sebagai mata pelanduk dan mata itik. Tumbuhan jenis renik. Daunnya jenis ringkas, berbentuk elips mempunyai tangkai daun warna kemerahan semasa muda. Bunganya berwarna merah jambu. Buahnya kecil, berbentuk bulat dan bewarna hitam apabila masak. Tumbuhan ini hidup liar di hutan tanah pamah atau ditanam sebagai hiasan. Air rebusan daun diminum untuk mengubati sakit perut dan mengurangkan pengeluaran darah haid. Pucuknya dibuat ulam dan buahnya yang telah masak dimakan mentah.
Orthosiphon stamineusMisai kucingPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Acanthaceae adalah jenis renik. Batangnya bersegi. Daunnya jenis ringkas tersusun bertentang, berbentuk ovat dengan tepinya daun berlekuk-lekuk. Bunganya berwarna putih dan ungu muda dengan stamen panjang yang menjulur keluar seperti misai kucing. Antara sebatian kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini ialah flavonoid, glukosida, minyak pati, sapotonin, ortosifonida, orthosifonin saponin, mioinositol dan sinensetin. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan perubatan dan hiasan. Daunnya dibuat teh herba. Seduhan daun diminum untuk merawat kencing manis, batu buah pinggang dan tekanan darah tinggi.
Orthosiphon stamineusmisai kucingHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Acanthaceae jenis renek dan batangnya bersegi. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang dan berbentuk ovat dengan tepi daunnya berlekuk-lekuk. Bunganya berwarna putih dan ungu muda dengan stamen panjang yang menjulur keluar seperti misai kucing. Antara sebatian kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini ialah flavonoid, glukosida, minyak pati, sapotonin, ortosifonida, ortosifonin, saponin, mioinositol dan sinensetin. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan perubatan dan hiasan. Daunnya dibuat teh herba, manakala seduhan daun pula diminum untuk merawat kencing manis, batu karang dalam buah pinggang dan darah tinggi.
Ardisia crispamata ayamHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Myrsinaeae yang dikenali juga sebagai mata pelanduk dan mata itik. Mata ayam merupakan tumbuhan jenis renek. Daunnya jenis ringkas, berbentuk elips dan mempunyai tangkai daun berwarna kemerah-merahan semasa muda. Bunganya berwarna merah jambu. Buahnya kecil, berbentuk bulat dan berwarna hitam apabila masak. Tumbuhan ini hidup liar di hutan tanah pamah atau ditanam sebagai hiasan. Air rebusan daun diminum untuk mengubati sakit perut dan mengurangkan pengeluaran darah haid. Pucuknya dibuat ulam dan buahnya yang telah masak boleh dimakan mentah.
Tinospora crispaPutarwaliPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Menispermaceae ini juga dikenali sebagai akar seruntun dan patawali. Tumbuhan jenis pokok memanjat dengan batang yang berbintil-bintil. Daunnya jenis ringkas tersusun bertentang, daunnya berbentuk kordat. Jambak bunga jenis rasem dan bunganya berwarna kuning muda. Tumbuhan ini mengandungi alkaloid kuartener, berebrina dan glikosoid furanoditerpena yang memberikan rasa pahit. Pokok ini biasanya ditanam menjalar di pagar. Air rebusan batang diminum untuk rawatan demam, demam kuning, kolera, malaria, kecacingan, kencing manis, darah tinggi, sakit perut. Pokok ini digunakan secara luaran untuk merawat bisa ular, luka dan kudis buta.
12

Kembali ke atas