Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ra.tan] | دارتن

Definisi : kawasan tanah yg luas (lwn laut dan pulau): mereka sekarang tercampak ke sebuah pulau yg kecil terpencil jauh dr ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ra.tan] | دارتن

Definisi : kawasan tanah yg luas (lw laut atau pulau): Lautan lebih luas drpd ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daratan

Puisi
 

Belah buluh bersegi-segi,
     Buat mari serampang ikan;
Kuasa Allah berbagai-bagai,
     Lebih laut dari daratan.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
land piracypelanunan daratanKriminologiKeadilan JenayahTindakan yang berkaitan dengan serangan yang berlaku di daratan ke atas kenderaan darat semasa kenderaan tersebut berhenti atau dalam perjalanan.
salt marshrawang garamSains MarinTiadaEkosistem pesisir di zon atas kawasan pasang surut pesisir di antara daratan dan air laut terbuka atau air payau. Kawasan ini sentiasa digenangi air ketika arus pasang. Ekosistem rawang garam didominasi oleh tumbuhan yang tahan masin seperti pokok herba, rumput dan tumbuhan renek. Kehadiran tumbuhan daratan penting untuk kestabilan rawang garam kerana memerangkap dan mengikat sedimen. Rawang garam memainkan peranan yang utama dalam jaringan makanan akuatik dan penyebaran nutrien ke perairan pesisir selain memberi perlindungan kepada pantai.
oceanfronthadap lautUmumTiadaKawasan daratan yang berhadapan pesisir lautan.
beachfronthadap pantaiUmumTiadaKawasan daratan yang berhadapan pantai.
hypsometryhipsometriSains MarinTiadaIlmu pengukuran ketinggian dan kedalaman yang berkaitan dengan daratan dan aras laut. Alat yang digunakan untuk menganggarkan ketinggian tersebut dikenali sebagai hipsometer.
continental marginpinggir benuaSains MarinTiadaZon dasar lautan yang menjadi perantaraan di antara benua (daratan) dan dasar lembangan lautan atau dari pinggir pantai hingga ke sempadan laut dalam. Pinggir benua terdiri daripada pelantar benua, cerun benua dan cangkat benua.
swashdamparanSains MarinTiadaLapisan air bergelora yang menyerbu ke pantai dan menghempaskan puing-puing batu-batan ke daratan. Tindakan pantas air ini dapat menggerakkan bahan pantai ke atas dan ke bawah pantai yang mengakibatkan pertukaran sedimen silang-pantai. Damparan biasanya berlaku di pantai yang rata. Pergerakannya memainkan peranan utama dalam pembentukan ciri-ciri morfologi dan perubahan pantai.
high water marktikas air tertinggiSains MarinTiadaTanda air yang mewakili ketinggian maksimum jasad air yang dapat dicapai dari daratan atau tempat tertentu dari laut pada ketika air pasang untuk menentukan aras air pasang laut tertinggi tahunan.
tsunamitsunamiSains MarinTiadaOmbak laut yang besar dan ganas akibat gempa bumi atau letupan gunung berapi yang berlaku di daratan atau di bawah laut.
high tide markaras air pasang tinggiSains MarinTiadaSatu titik mewakili ketinggian maksimum badan air yang dapat dicapai dari daratan. Kebiasaanya tanda tersebut adalah hasil daripada banjir dan melambangkan aras pasang laut tertinggi mengikut tahun. Pengetahuan dalam aras air pasang tertinggi adalah penting untuk pelan pembangunan ekonomi di suatu kawasan.
12

Kembali ke atas