longitudinal axis | paksi longitud | Sains Sukan | Biomekanik | Paksi dari atas ke bawah yang bersudut tepat dengan satah melintang. Lihat juga satah melintang. |
single spread | lembar tunggal | - | Tiada | Hamparan satu halaman penuh dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan yang dilihat bersama-sama apabila buku atau majalah dibuka. |
hierarchy | hierarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Klasifikasi kelompok berasaskan kebolehan, kedudukan ekonomi, politik, profesional atau sosial yang disusun dalam bentuk vertikal iaitu dari atas ke bawah. Kedudukan hierarki atas melambangkan kuasa dan kedudukan yang lebih baik, superior, berautoriti atau lebih kuat sementara kedudukan hierarki bawah melambangkan golongan yang lebih lemah, subordinat dan menjadi subjek kepada yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pada masa kini sifat hierarki adalah dinamik, tidak seperti pada zaman feudal. Mobiliti sosial yang berlaku membolehkan seseorang mencapai kedudukan hierarki yang lebih baik. Contohnya, hierarki atas dan bawah dalam organisasi polis antara Ketua Polis Negara dengan konstabel. |
stema | stema | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah dalam kerja penyuntingan sesebuah teks untuk mencari teks asal atau teks prototaip. Kaedah ini melibatkan kajian perbandingan versi naskhah secara kajian filologikal, diikuti dengan penurunan garis keturunan naskhah dari atas ke bawah. Sistem penyuntingan ini dikenali juga sebagai stematologi. Contoh penyuntingan teks berdasarkan stema ini dapat dilihat dalam kajian L. F Brakel 1988 ke atas versi naskhah bertajuk Hikayat Muhammad Hanafiyyah. |
raster pattern | corak raster | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Corak yang dipaparkan di atas layar osiloskop, yang menunjukkan isyarat voltan pencucuh yang tersusun dari bawah ke atas di atas layar, menurut susunan aturan nyalaan enjin yang diuji. |
piston displacement | sesaran omboh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Isi padu silinder yang disesar oleh omboh semasa omboh bergerak dari bawah ke atas di dalam silinder enjin. |
elutriation | pengelutriatan | Sains Marin | Tiada | Proses menulenkan atau memisahkan zarah atau campuran dengan menggunakan aliran bendalir dan menapis secara menyiring. Kaedah pemisahan bergantung pada kelajuan bendalir yang dialirkan pada arah bertentangan dengan zarah yang biasanya aliran dari bawah ke atas. Zarah akan dipisahkan berdasarkan sifat apungan dan keupayaan zarah mengatasi rintangan aliran bendalir. Pengelutriatan biasanya digunakan dalam pengasingan organisma meiobentos daripada sedimen laut. |
power piston | omboh kuasa | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gerakan omboh dari takat terakhir atas ke takat terakhir bawah semasa lejang kuasa. |
displacement | sesaran | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Isi padu yang dihasilkan oleh gerakan omboh dalam silinder enjin dari takat terakhir bawah ke takat terakhir atas. Sesaran ialah jumlah isi padu udara yang mampu disedut oleh silinder enjin sebelum proses mampatan berlaku. Sesaran dikira dengan mendarabkan lejang omboh dengan luas keratan rentas lubang silinder dan biasanya diungkapkan dalam unit cc yang bermaksud sentimeter padu. |
cubic inch displacement | sesaran inci padu | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Isi padu silinder enjin dari kedudukan pusat mati bawah ke pusat mati atas yang diukur dalam inci pada ( in�). |