Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ri.pa.da] | درڤد

Definisi : 1. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang yg memberi (mengirim dsb): dia menerima sepucuk surat ~ ayahnya; hadiah ~ seorang sahabat yg karib; 2. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh dsb: petikan ~ karya Usman Awang; air ~ telaga itu berkuman; diterjemahkan ~ bahasa Arab; 3. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) bahan dsb yg digunakan utk menghasilkan sesuatu: jambangan bunga itu diperbuat ~ tembikar; barang-barang ~ getah; 4. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang (negara, unsur, barang, dll) yg terlibat dlm sesuatu pengasingan (pemisahan, per­bezaan, perbandingan, dll): Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia ~ Sumatera; reka bentuk yg dikemukakan ter­ke­mudian ini lebih menarik ~ yg di­sedia­kan dahulu; 5. sendi kata yg digunakan se­waktu menyatakan sesuatu perubahan (per­kembangan dsb): harga daging telah naik ~ RM8.00 sekilo menjadi RM9.50 sekilo; bilangan pelajar yg lulus merosot ~ 68% tahun lalu menjadi 66% tahun ini; 6. sendi kata yg digunakan sebelum menyatakan atau menyebutkan unsur (akibat dll) yg hendak dielakkan (dicegah, dihindar, dsb): memper­tahankan diri ~ serangan musuh; men­jauhkan diri ~ bahaya; langkah-langkah utk mengelakkan hal-hal demikian ~ berlaku lagi; 7. sendi kata yg menyatakan (me­nunjukkan) punca atau asas dsb sesuatu tindakan (kesimpulan dll): ~ apa yg saya dengar, pemandu lori itu yg patut diper­salahkan; masjid itu dibina ~ desakan pen­duduk di kawasan itu; 8. sendi kata yg memperkaitkan atau memperhubungkan se­suatu atau sesuatu bahagian dgn sesuatu keseluruhan atau jumlah dsb: satu ~ sebab-sebab; hanya tiga orang ~ sejumlah 40 orang pelajar telah gagal dlm peperiksaan itu; sepertiga ~ keuntungan yg diperoleh dijadikan modal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ri.pa.da] | درڤد

Definisi : 1 kata sendi nama utk menerangkan asal (sumber, bahan dll) sesuatu benda: Kain ini dibuat ~ benang sutera. 2 kata sendi nama utk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih: Bunga ini lebih wangi ~ bunga itu. Bezakan haiwan jenis mamalia ~ haiwan jenis reptilia. 3 kata sendi nama yg menyatakan maksud mencegah (melindungi, memisahkan dll): Dia menjauhkan diri ~ bahaya. Dia mencuba melarikan diri ~ rusuhan itu. 4 kata sendi nama yg menunjukkan orang yg memberi (mengirim): Yati menerima sepucuk surat ~ ayahnya. 5 kata sendi nama yg menunjukkan perubahan: Peratus kelulusan meningkat ~ 70% menjadi 85%. 6 kata sendi nama yg menghubungkan sebahagian dgn keseluruhan: Dua orang ~ anaknya belajar di luar negeri. Faedahnya ialah separuh ~ keuntungan yg diperoleh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daripada

Puisi
 

Berjumpa gajah dua serupa,
     Gajah kecil mati terkepung;
Banyaknya lebih daripada adinda,
     Keningnya lentik bagai berladung.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Besar senggulung daripada beban.

Bermaksud :

Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar).

 

Lihat selanjutnya...(204)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pastichepasticheKesusasteraanTiadaTeknik penulisan yang berasaskan sumber daripada karya yang lain. Pastiche terdiri daripada gabungan perkataan, ayat atau petikan daripada seorang pengarang atau daripada beberapa orang pengarang tertentu. Sebuah karya pastiche mungkin terdiri daripada kumpulan atau gabungan imej, episod dan motif yang dipetik daripada pelbagai sumber karya yang lain. Gabungan unsur tersebut dibuat tanpa sebarang perubahan. Pasticle diubahsuai dalam susunan yang baharu dan membentuk sebuah karya yang baharu. Sekurang-kurangnya terdapat dua persepsi khalayak terhadap unsur pastiche. Pertama, karya pastiche yang serius hasil olahan semula bahan daripada sumber pengarang lain dalam bentuk seni yang bernilai tinggi. Kedua, sebuah pastiche yang dianggap sebagai suatu bentuk peniruan yang lemah dan tidak memperlihatkan nilai kematangan seni. Teknik pastiche mendedahkan pengarang kepada unsur ciplak atau plagiarisme terutamanya apabilah sesuatu petikan tidak mencatatkan sebarang sumber asalnya.
initial allowanceelaun permulaanEkonomiTiadaPeruntukan sebahagian daripada pendapatan yang dikecualikan daripada cukai yang diberi pada tahun pertama operasi perniagaan. Pengecualian ini diberi untuk membantu perniagaan yang selalunya mengalami kesulitan kewangan pada awal operasinya.
initial capital allowanceelaun modal ditambahEkonomiTiadaPeruntukan tambahan sebahagian daripada pendapatan yang dikecualikan daripada cukai. Peruntukan ini diberi kepada perniagaan yang ingin memodenkan teknik pengeluaran.
subsistance allowanceelaun sara diriEkonomiTiadaSebahagian daripada pendapatan individu yang dikecualikan daripada cukai pendapatan. Di Malaysia, mengikut taksiran cukai pendapatan 1990, bahagian pendapatan yang dikecualikan daripada cukai ialah RM5000 untuk diri sendiri, RM2000 untuk isteri, dan jumlah maksimum RM3000 untuk anak-anak.
jazz poetrypuisi jazKesusasteraanTiadaPuisi yang dibaca dengan iringan muzik jaz. Puisi ini berasal daripada balada Vachel Lindsay daripada puisi beliau yang bertajuk General William Booth. Pada tahun 1930, penyair Afro-Amerika, iaitu Langston Hughes mengadaptasikan bentuk puisi tradisional kepada irama jaz. Beliau percaya bahawa muzik Afro-Amerika ialah bentuk seni yang utama bagi bangsanya. Puisi jaz menjadi semakin popular di Amerika Syarikat pada tahun 50-an. Kumpulan penyair yang digelar The Beat Generation juga menyumbang kepada perkembangan puisi jaz. Pada tahun 70 hingga 80-an, iaitu era punk, pasca-punk dan new-wave, generasi baharu penyair jaz seperti James Berry dan E.F. Braithwaite terus mengembangkan bentuk puisi ini.
rhapsodyrapsodiKesusasteraanTiadaPuisi epik zaman Yunani yang dideklamasikan oleh seorang barda (penglipur lara). Puisi ini terdiri daripada bahan-bahan yang diambil daripada tradisi dan sebahagiannya diimprovisasikan. Kini rapsodi merujuk kepada karya yang mengambil petikan daripada tulisan lain dan menyusunnya kembali dalam suatu struktur yang longgar. Rapsodi juga merujuk kepada karya sastera yang ditulis menggunakan gaya bahasa yang sangat menggembirakan atau penuh perasaan. Rapsodi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �lagu berangkai�.
economies of scaleekonomi bidanganEkonomiTiadaPengurangan kos purata jangka panjang hasil daripada pengeluaran secara besar-besaran. Pengurangan kos ini berpunca daripada pembelian secara pukal, peningkatan daya pengeluaran hasil daripada pembahagian dan pengkhususan kerja, dan penggunaan teknologi dan pengurusan yang cekap.
self-liquidatingcair sendiriEkonomiTiadaPinjaman pelaburan atau bil pertukaran yang mempunyai risiko yang rendah, dan yang berkeupayaan untuk menyelesaikan bayaran pinjaman daripada hasil yang diperoleh daripada pelaburan atau penjualan bil pertukaran tersebut.
self-liquidatingcair sendiriEkonomiTiadaPinjaman pelaburan atau bil pertukaran yang mempunyai risiko yang rendah, dan yang berkeupayaan untuk menyelesaikan bayaran pinjaman daripada hasil yang diperoleh daripada pelaburan atau penjualan bil pertukaran tersebut.
allowanceselaunEkonomiTiada1.Tambahan kepada pendapatan tetap seperti elaun keraian, elaun rumah, dan elaun perkhidmatan awam. 2. Peruntukan untuk tujuan sebahagian daripada pendapatan yang dikecualikan daripada cukai. Peruntukan ini diberikan untuk diri, berasaskan pengecualian isteri, anak, dan tanggungan.
12345678910...

Kembali ke atas