axonometric projection | unjuran aksonometrik | Kesenian | Hiasan Dalaman | Unjuran lukisan persembahan yang menggambarkan objek atau bangunan dalam tiga dimensi. Lukisan aksonometrik dilukis berdasarkan sudut pelan yang tertentu, seperti 30 darjah - 60 darjah, 40 darjah - 50 darjah atau 20 darjah - 70 darjah. |
cone of vision | kon penglihatan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Sudut tahap penglihatan yang jelas oleh seseorang yang melihat, iaitu antara 45 darjah hingga 60 darjah. Penglihatan akan menjadi semakin kabur apabila melepasi sudut tersebut. |
degree of saturation | darjah ketepuan | Kejuruteraan | Tiada | Darjah yang mengukur kandungan air yang memenuhi isi padu lompang di dalam tanah. |
Ekman transport | angkutan Ekman | Sains Marin | Tiada | Pergerakan bersih air laut pada sudut 90 darjah terhadap arah tiupan angin permukaan yang disebabkan oleh kesan Coriolis. Arah pergerakan bergantung pada kedudukan di hemisfera bumi. Di hemisfera utara, angkutan berlaku daripada 90 darjah ikut arah jam terhadap arah angin, manakala di hemisfera selatan berlaku pada sudut 90 darjah lawan arah jam. Berdasarkan teori Ekman, aliran permukaan bergerak pada sudut 45 darjah terhadap angin permukaan disebabkan keseimbangan antara dayaoriolis dan seretan angin serta air. Jika lautan dibahagikan kepada lapisan-lapisan tipis, magnitud halaju aliran semakin menyusut berbanding nilai maksimum pada permukaan sehingga akhirnya sifar pada kedalaman tertentu. Arah aliran juga beralih sedikit demi sedikit merentasi setiap lapisan. Fenomena ini dikenali sebagai lingkaran Ekman, dan lapisan air dari bahagian permukaan hingga ke kedalaman yang menyebabkan kesan ini hilang dikenali sebagai lapisan Ekman. Jika semua aliran pada lapisan Ekman diintegrasikan, maka hal ini akan menyebabkan pergerakan bersih air laut pada sudut 90 darjah di sebelah kanan angin permukaan di hemisfera utara atau di sebelah kiri di hemisfera selatan. |
360 degree excavator | pengorek 360 darjah | Kejuruteraan | Tiada | Jentera yang mampu memutar 360 darjah pada tapak yang dijejaki dan digunakan untuk mengorek tanah dan menggerakkan objek yang besar. |
degrees of freedom | darjah kebebasan | Sains Sukan | Biomekanik | Tahap kebebasan bergerak berdasarkan keupayaan jenis sendi yang terlibat. Contohnya, servis tenis boleh dilakukan dengan pelbagai pergerakan. Untuk menguasai sesuatu kemahiran motor, darjah kebebasan perlu dikawal. |
eight degree | darjah kelapan | Kesenian | Seni Muzik | Istilah lain untuk octave. |
degree of risk | darjah risiko | insurans | Tiada | Tahap ketidakpastian yang wujud di dalam sesuatu situasi. |
second degree murder | pembunuhan darjah kedua | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pembunuhan yang menyalahi undang-undang yang bersifat sengaja tetapi dilakukan tanpa perancangan atau persediaan untuk membunuh mangsa. Dalam jenayah ini, kadangkala pelaku hanya ingin menyebabkan kemudaratan tubuh mangsa tetapi perbuatannya telah mengakibatkan kematian mangsa. Contohnya, pergaduhan mengejut yang berakhir dengan kematian. |
first degree murder | pembunuhan darjah pertama | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pembunuhan yang menyalahi undang-undang yang bersifat sengaja yang dilakukan selepas merancang atau membuat persediaan untuk membunuh mangsa. Contohnya, ahli perniagaan yang dibunuh setelah dirancang atas dasar persaingan perniagaan atau pembunuhan seseorang yang dirancang untuk merampas harta atau kuasa. |