Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.sar] | داسر

Definisi : 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang; 3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen; 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~ kain batik pd umumnya ber­warna perang; corak yg terdiri drpd kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap; 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn se­seorang): dia pantang ditegur memang begitu ~nya; 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu? 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~ sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara; 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; 9. Id memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri; 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan di­jadikan asas utk menggunting pakaian;berdasar 1. ada (memakai, mempunyai) dasar: kain songket itu ~ biru; 2. berasas, ber­sandar: ~ keterangan-keterangan yg diterima, memang orang itu bersalah; 3. ark = berdasarkan; berdasarkan berasaskan, bersandarkan, ber­landaskan: tulisan saya itu ~ berita yg tersiar di sebuah akhbar; tuduhan yg ~ bukti-bukti yg nyata;mendasar bersifat dasar atau asas: ke­perluan-keperluan yg paling ~ bagi zaman­nya; mendasari menjadi dasar atau asas kpd: konflik antara Hang Tuah dgn Hang Jebat yg ~ drama ini adalah cukup dramatik; kita akan dapat melihat ideologi yg ~ pe­nu­lisannya; mendasarkan menggunakan (memakai) sbg dasar: perkahwinan harus didasarkan pd cinta dan kasih sayang;pendasaran proses menjadikan sesuatu dasar: situasi masyarakat yg saintifik dibantu oleh ~ sifat-sifat sandiwara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.sar] | داسر

Definisi : 1 bahagian yg di bawah sekali (bkn laut, sungai, botol, kuali dll): Air sungai itu sangat jernih hingga nampak ~nya. 2 asas; panduan (pendapat, falsafah, aturan dll): ~ kerajaan ialah meninggikan taraf ekonomi rakyat Malaysia. ~ Ekonomi Baru dasar yg membuka jalan ke arah penyelesaian masalah ekonomi yg tidak seimbang. 3 lantai: ~ rumah itu dibuat drpd simen. 4 lapisan yg di bawah sekali (pd gambar dll): latar: ~ gambar itu berwarna biru muda. 5 bp memang begitu (perangainya, sifatnya dsb): ~ hidung belang, di mana pun, dia suka mengganggu perempuan. berdasar 1 mempunyai dasar: Selendang itu ~ warna merah jambu. 2 bersandar; berasas: Aduan-aduan itu ~ pd bukti yg nyata. berdasarkan berdasar pd; berasaskan: Laporan itu ~ kejadian-kejadian yg betul-betul berlaku. mendasarkan memakai sbg dasar: Kekuatan sesebuah negeri itu biasanya didasarkan pd kekuatan tenteranya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dasar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
base setting (base-out/base-inbase-up/base down)kedudukan dasar (dasar-luar/dasar-dalam/dasar-atas/dasar-bawah)Sains KesihatanTiadaKedudukan dasar prisma dalam ujian dan rawatan penglihatan.
state's policydasar negaraSains PolitikPolitik PerbandinganDasar atau prinsip sebuah negara yang dipegang dan dijalankan untuk mencapai matlamatnya. Dasar ini digubal oleh dewan perundangan dan dilaksanakan oleh badan eksekutif untuk kepentingan negara dan orang ramai. Dasar sebuah negara terbahagi kepada tiga jenis iaitu, Dasar Sosial, Dasar Pembangunan dan Dasar Luar. Dasar Sosial meliputi dasar seperti Dasar Pendidikan, Dasar Belia dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar Pembangunan seperti Dasar Penswastaan Negara, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Ekonomi Baru manakala Dasar Luar seperti Dasar Berkecuali. Dasar sesebuah negara juga boleh dipinda, diperbaharui atau dimansuhkan jika didapati tidak sesuai. Dalam sesebuah negara, rakyat diseru supaya bersama-sama pemerintah untuk memenuhi hasrat negara. Contoh dasar negara di Malaysia ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Sosial dan Dasar Penswastaan Negara.
national conventionkonvensyen kebangsaanSains PolitikPolitik PerbandinganPersidangan atau perhimpunan yang diadakan aleh sesebuah pertubuhan untuk membincangkan perkembangan tahunan, pemilihan jawatan penting dan merumus dasar-dasar utama bagi pertubuhan tersebut. Parti politik lazimnya mengadakan konvensyen kebangsaan tahunan bagi memenuhi tujuan ini.
agrarian policydasar agrariaSains PolitikPolitik PerbandinganDasar yang digubal bertujuan untuk pembangunan dan kepentingan sektor pertanian. Dasar ini lazimnya terdapat di negara yang menumpukan aktiviti ekonomi sebagai sumber pendapatan utama negara. Segala hasil alam, pertanian dan perindustrian akan cuba digembleng dan dimanfaatkan dalam dasar ini. Di Malaysia dasar agraria mula digubal secara konkrit melalui Dasar Ekonomi Baru. Di New Zealand, dasar pertanian diberi keutamaan oleh pemerintah negara tersebut kerana sektor pertanian menyumbang lebih daripada 70% hasil pendapatan negara itu.
regional policydasar wilayahEkonomiTiadaDasar ekonomi yang bertujuan untuk mengubah corak pembangunan yang tidak seimbang antara wilayah. Dasar ini perlu mengambil kira dara ekonomi dan keadaan fizikal wilayah tersebut. Biasanya dasar ini menitikberatkan pembangunan wilayah yang mundur untuk mengurangkan jurang antara wilayah.
closed door policydasar pintu tertutupSains PolitikPolitik PerbandinganDasar sesebuah negara yang tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain. Dasar ini diamalkan bertujuan untuk menghalang sebarang kemasukan pengaruh luar ke dalam negara tersebut bagi melindungi kepentingan pihak yang berkuasa. Pada masa kini, ia lebih difahami sebagai dasar penutupan hubungan perdagangan dan kemasukan modal asing serta hubungan sosial antara negara tersebut dengan negara luar. Kemasukan modal asing dan juga nilai nilai sosial luar dilihat sebagai satu ancaman terhadap statua quopemerintah dan perkembangan politik dalaman. Negara yang mengamalkan dasar ini biasanya akan menjelaskan kepada masyarakat bahawa negara itu sudah kaya dan kuat serta tidak memerlukan hubungan luar. Contohnya, negara Albania semasa pemerintahan rejim komunis dan negara China semasa pemerintahan Mao Tze Tung.
ocean floordasar lautanSains MarinTiadaKawasan keseluruhan dasar laut di bawah aras air surut dan terbahagi kepada dua, iaitu lembangan lautan dan pinggir benua. Dasar lautan juga merujuk keseluruhan dasar laut di bawah tikas air surut. Kebanyakan lautan mempunyai ciri-ciri struktur yang umum yang dihasilkan oleh fenomena fizikal yang kebanyakannya hasil pergerakan tektonik dan sedimen daripada pelbagai sumber.
agricultural policydasar pertanianEkonomiTiadaDasar pembangunan sektor pertanian yang meliputi pembaikan institusi dan struktur pertanian seperti corak milik tanah, kredit, pengeluaran, pemasaran, dan sokongan pertanian. Dasar ini bertujuan untuk menstabilkan harga keluaran pertanian dan meningkatkan pendapatan petani. Dasar ini melibatkan perencanaan dan peruntukan pembangunan untuk sektor pertanian, pelaksanaan projek-projek pertanian, sokongan dan pengawalan.
microeconomic policydasar mikroekonomiEkonomiTiadaDasar ekonomi yang menggunakan teori mikroekonomi sebagai panduan yang bertujuan untuk mencapai peruntukan sumber yang optimum. Dasar mikroekonomi perlu dalam keadaan tertentu apabila terdapat kegagalan pasaran, atau apabila barang-barang atau perkhidmatan tidak dapat diperuntukkan mengikut mekanisme pasaran. Alat dasar yang sering digunakan ialah cukai atau subsidi.
manspower policydasar tenaga manusiaEkonomiTiadaDasar yang bertujuan untuk menyediakan buruh dengan bilangan yang mencukupi dan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan pembangunan sesebuah negara. Dasar ini melibatkan tiga aspek, iaitu penawaran buruh, permintaan buruh, dan pewujudan tenaga buruh. Dalam pelaksanaannya, dasar ini menitikberatkan latihan untuk meningkatkan kualiti buruh supaya seimbang dengan permintaan buruh dan pelajaran, bersesuaian dengan peningkatan kualiti tenaga manusia.
12345678910...

Kembali ke atas