Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tang] | داتڠ

Definisi : 1 sampai (tiba) di sesuatu tempat: Ia ~ ke rumah saya pd pukul empat petang. 2 berasal (dr): Dia ~ dr Sabah. 3 akan tiba; kemudian: Emaknya hendak pergi ke Mekah pd tahun yg akan ~. 4 bergerak menghampiri (menemui) seseorang atau sesuatu tempat: Setibanya di situ, dia terus ~ ke tempat kami. 5 muncul; timbul: Setelah lama berfikir, ~ satu ilham di kepalanya. 6 diwahyukan (diturunkan): Syariat Allah yg ~ sebelum Islam, diturunkan utk kaum, masa dan keadaan tertentu. ~ akal mendapat akal atau ilham. ~ bulan (haid) turun atau keluar darah haid (bagi perempuan). ~ hati sampai hati; tergamak. datang-datang 1 setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2 kerap (sering) datang: Apabila ada masa lapang, ~lah ke rumah saya. berdatang; ~ sembah berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah. mendatang 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. mendatangi 1 menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2 datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb): Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3 menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. mendatangkan 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. kedatangan 1 perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2 ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. pendatang orang yg mendatang (tidak asli): ~ haram (tanpa izin) orang asing yg memasuki sesebuah negara tanpa kebenaran drpd (pihak) kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang

Puisi
 

Bukan kacang sebarang kacang,
     Kacang melilit di ranting kayu;
Bukan datang sebarang datang,
     Datang menyambut pengantin baru.


Lihat selanjutnya...(276)
Peribahasa

Datang tak berjemput,
     pulang tak berhantar.

Bermaksud :

Tetamu yang tidak penting.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dystopiadistopiaKesusasteraanTiadaDunia rekaan akan datang dalam fiksyen atau satira yang mencemaskan dan tidak menyenangkan pembaca. Contoh dunia distopia ditemui dalam karya bentuk fiksyen sains dan satira moden. Contohnya dalam The Time Machine (1895) oleh H.G. Wells dan Nineteen Eighty-Four (1949) oleh George Orwell. Lihat juga antiutopia.
convergent beamalur tumpuNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanAlur sinaran cahaya yang datang dari pelbagai arah yang berbeza, sama ada selepas pantulan atau pembiasan.
deferred annuityanuiti tertundainsuransTiadaAnuiti yang akan memberi pendapatan kepada anuitan, mulai suatu tarikh akan datang yang ditetapkan.
spin-offkeluaran sampingan; terbitan turunanPenerbitanTiadaPenghasilan sesebuah buku, filem atau siri televisyen baharu yang datang selepas kejayaan sesebuah buku, filem atau siri televisyen.
eugenicseugenikPerubatanTiadaKajian tentang perancangan penghasilan kualiti manusia yang lebih baik mutunya untuk generasi akan datang, melalui prinsip keturunan.
decontexualised languagebahasa luar konteksPendidikanTiadaBahasa yang digunakan untuk merujuk kejadian dahulu atau masa akan datang pada perkara abstrak ataupun perkara-perkara di luar konteks pengucap.
guaranteed insurabilitypenginsuransan terjamininsuransTiadaOpsyen dalam kontrak Insurans Hayat atau Kesihatan yang membolehkan insured, pada masa akan datang, membeli insurans tambahan dalam tempoh yang telah ditetapkan tanpa menunjukkan bukti penginsuransan.
moodsuasana hatiKesusasteraanPuisiPerkara yang berhubung dengan penyair dan proses penciptaan. Sekiranya suasana hatinya baik dan ilham datang, proses penciptaan sesebuah puisi itu berjalan lancar. Sebaliknya jika suasana hatinya kurang baik dan ilham tiada, proses penciptaan itu tersekat.
epidemiologyepidemiologiKejururawatanTiadaKajian berkaitan dengan penyakit dengan tujuan untuk mencari cara mengawal dan mencegah pada masa yang akan datang.
prospective future service benefitfaedah khidmat masa hadapan prospektifinsuransTiadaBahagian faedah persaraan peserta yang berkaitan dengan tempoh perkhidmatan akan datang yang akan dikreditkan selepas tarikh yang ditetapkan.
12345

Kembali ke atas