Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tar] | داتر

Definisi : (sama) rata (bkn tanah, permukaan, nada, dll), tidak tinggi rendah; tanah ~ tanah rata (tidak berbukit-bukit); ~ bak lantai papan, licin bak dinding cermin prb keputusan yg adil; sedatar 1. sama rata: garisan-garisan lurus ~ yg selari dgn satu garisan yg sama adalah selari sama sendiri; 2. tidak mendalam (bkn pengetahuan dsb); ~ saja lurah dgn bukit prb tidak membezakan antara kaya dgn miskin; mendatar 1. (seakan-akan) rata: padang yg ~; 2. selari dgn permukaan bumi, melintang (tidak menegak atau lurus ke atas): garis ~; 3. bergerak dr satu tangga gaji ke satu tangga yg lebih tinggi dlm peringkat yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji ka­kitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia): ada empat kaedah pergerakan gaji bagi seseorang anggota, iaitu secara me­lintang, menegak, ~ atau statik; mendatarkan menjadikan datar, merata­kan: kawasan itu didatarkan dahulu sebelum didirikan rumah; dataran 1. kawasan (tempat, tanah) yg datar: ~ tinggi Tibet; 2. ark padang, lapangan; kedataran keadaan (sifat dsb) datar, kerata­an; pendataran perihal atau perbuatan menda­tar­­kan (meratakan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.tar] | داتر

Definisi : rata (bkn tanah, nada, sesuatu permukaan dll); tidak turun naik; tidak tinggi rendah: tanah ~ tanah yg rata (tidak berbukit-bukit). mendatar 1 bersifat datar (tidak turun naik); dlm keadaan datar; merata: Lebih mudah membajak di kawasan yg ~ drpd di kawasan yg berbukit-bukit. 2 selari dgn permukaan bumi; lw tegak: Lukis dua garisan ~ sepanjang 12 cm. mendatarkan menjadikan datar; meratakan: Ia ~ tapak rumahnya. dataran kawasan atau tanah yg datar: ~ tinggi Tibet. ~ hakis ist kawasan yg telah dihakis sehingga hampir-hampir menjadi dataran (dgn bukit-bukit rendah menandakan tapak bekas gunung). pendataran perihal atau perbuatan mendatarkan: ~ padang itu dibuat dgn traktor. sedatar sama rata: Kebanyakan sawah padi di kampung ini ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datar

Peribahasa

Tergolek di nan datar.

Bermaksud :

Mendapat bahaya yang tidak pada tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flat terrain/ plain terrainrupa bumi datarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
abyssal plaindataran abisSains MarinTiadaKawasan yang besar dan luas di dasar lautan yang ditutupi oleh sedimen. Umumnya, dataran abis merupakan kawasan datar di dasar lautan yang kebiasaannya pada kedalaman 3000-6000 m. Dataran abis juga meliputi hampir 50% permukaan bumi dan merupakan lembangan lautan yang paling kurang diterokai oleh penyelidik.
smash burgerburger penyekMakanan dan PemakananTiadaBurger yang dibuat daripada daging lembu atau ayam kisar yang dihancurkan dan ditekan nipis atas kuali datar lekat bersuhu tinggi dengan menggunakan sudip burger.
edgingperapian tepiKesenianHiasan DalamanKerja pengemasan permukaan tepi, sama ada pada bahagian sisiatau bawah permukaan kasau, gelegar atau rasuk. Pengemasan dilakukan pada permukaan rata dan datar, sama ada dengan cara memotong atau mengikis.
conductive polymerpolimer konduksianFizikNanoteknologiPolimer yang dapat mengalirkan arus elektrik atau bersifat semikonduktor. Polimer ini mempunyai struktur nano sekitar 10 nm, contohnya, poliasetilena 10(4) - 10(6) S cm(-1) dan polianilina. Contoh penggunaan polimer konduksian ialah pada panel paparan datar, panel suria dan amplifier optik.

Kembali ke atas