grandparenthood | alam datuk nenek | Sosiologi | Tiada | Tiada |
grandparent role | peranan datuk nenek | Sosiologi | Tiada | Tiada |
extended family | keluarga luas | Kejururawatan | Tiada | Ahli keluarga yang terdiri daripada dua atau lebih generasi yang tinggal sebumbung. Contohnya, datuk, nenek, ibu bapa dan saudara-mara. |
nursery rhyme | puisi kanak-kanak | Kesusasteraan | Tiada | Puisi berangkap yang muncul dalam bentuk ringkas, pendek, dan menggunakan bahasa yang mudah. Puisi kanak-kanak mementingkan rima dan baris-baris bersukat supaya mudah diingati dan digemari kanak-kanak. Temanya berkisar tentang pengalaman kanak-kanak, lucu dan berseloroh tetapi mengandungi unsur pengajaran dan moral yang baik. Contoh puisi kanak-kanak yang popular dari Barat adalah seperti yang berikut: �Humpty Dumpty� Humpty Dumpty sat on the wall, Humpty Dumpty had a great fall. All the king�s horses and all the king�s men, Could not put Humpty Dumpty together again. Dalam tradisi Melayu, puisi kanak-kanak sering muncul dalam bentuk pantun dua kerat yang mudah. Contohnya: Satu, dua, tiga, empat, Siapa cepat dia dapat. Puisi kanak-kanak dalam bentuk pantun empat kerat yang mudah. Contohnya: Pak kenek-kenek, Masuk lubang batu; Pesan datuk nenek, Simpan kain baju. Dalam kesusasteraan Arab, lagu buaian Nam Nanah Huwa dan lagu puisi berkumpulan kanak-kanak al-Tha�lab Fat fat. Dalam sastera Pa |
nontraditional family | keluarga tak tradisi | Kejururawatan | Tiada | Keluarga yang ibu bapa tidak tinggal serumah disebabkan perceraian atau kematian. Oleh itu, anak akan tinggal dengan ibu atau bapa tunggal, nenek atau datuk, atau ibu bapa angkat. |
monolopylogue | aneka peranan | Komunikasi | Korporat | Kepelbagaian watak yang dimainkan oleh seorang pelakon sahaja. Kepelbagaian ini digambarkan melalui jenis dialog, intonasi, dan mimik muka. Contohnya, seorang pelakon memainkan peranan sebagai seorang anak, ayah, ibu, datuk, dan nenek dalam satu tempoh masa persembahan tanpa mengubah kostum. Kaedah ini boleh dilakukan dalam siaran iklan dan persembahan kempen perhubungan awam. Sekiranya kaedah ini digunakan dengan baik, kos penerbitan dan kos kempen dikurangkan. |
emotional development | perkembangan emosi | Psikologi | Psikologi Umum | Proses perkembangan elemen psikologi yang mengambil masa yang lama dan bermula sejak peringkat bayi. Dalam ikatan emosi yang terawal, bayi membentuk keakraban dengan membina kemesraan yang kuat dengan ibunya. Selepas itu, bayi akan membentuk pertalian emosi dengan orang lain yang berdekatan seperti bapa, adik-beradik, datuk dan nenek. Walau bagaimanapun, keakraban dengan ibu bukanlah satu kemestian kerana ada ketikanya orang lain boleh menggantikan tempat ibunya seperti penjaga atau pengasuh. |