Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.wai] | داواي

Definisi : tali drpd logam (digunakan utk mengikat sesuatu atau membuat pagar, bakul, dll), kawat; ~ duri dawai berduri yg dibuat pagar; ~ gelang (kasar) ark dawai telegraf; ~ hidup dawai yg mengalirkan arus elektrik; ~ ketegangan tinggi kawat yg mengaruskan tenaga elektrik yg tinggi; ~ mata punai dawai yg dianyam (digunakan utk membuat kandang ayam dll); umpama ayakan ~ prb pekerjaan seseorang yg tidak cermat; mendawai memasang dawai atau kawat: dia mempunyai kemahiran membaiki barang-barang elektrik dan ~; mendawaikan memasang dawai elektrik (pagar, dll): punca kebakaran tersebut akibat tindakan ~ lampu secara haram; pendawaian proses memasang dawai, sistem pemasangan dawai: Tenaga Nasional akan cuba menggantikan meter lama dgn meter baru utk memperbaik sistem ~nya; pendawai orang yg kerjanya memasang dan menyelenggarakan dawai elektrik, kabel elektrik dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.wai] | داواي

Definisi : tali yg dibuat drpd logam; kawat: ~ elektrik. ~ duri dawai berduri yg dibuat pagar. ~ hidup dawai yg mengalirkan arus elektrik. ~ mata punai dawai yg berjalin, mempunyai lubang enam segi (digunakan utk membuat reban, kandang ayam, kandang itik dll). mendawai memasang dawai; melengkapkan dgn dawai: Belia itu dilatih membaiki radio dan ~. mendawaikan memasang dawai elektrik: Litar dlm rumah utk lampu biasanya didawaikan secara selari. Apakah kebaikannya ~ lampu secara selari? pendawaian perbuatan atau hal memasang dawai: kaedah ~. pendawai orang yg kerjanya memasang dan menyelenggarakan dawai elektrik, kabel elektrik dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dawai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gauge wiredawai tolokKesenianHiasan DalamanDawai yang digunakan sebagai bahan tambahan untuk menguatkan dan mengawal ketinggian pail yang menggunakan anyaman tangan dalam proses pembuatan permaidani.
saddle-stitchjilid dawai-TiadaJilidan bahan terbitan menggunakan dawai kokot.
wiring harnessharnes dawaiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKumpulan dawai tertebat yang diikat bersama-sama supaya kelihatan kemas dan teratur dan mudah untuk pemasangan.
fusible linksambungan berfiusKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPeranti pengawal yang terdiri daripada dawai kuprum, bersaiz lebih kecil daripada saiz dawai dalam litar dan terlibat untuk memutuskan litar apabila arus berlebihan melaluinya.
pile wiredawai pailKesenianHiasan DalamanBahagian mesin menenun permaidani yang terdiri daripada jalur besi atau rod sebagai tempat anyaman mula dibentuk.
chain link fencepagar dawai berangkaiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
chain link fencepagar dawai berangkaiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
antennaantenaFizikNanoteknologiSistem dawai atau konduktor yang menghantar atau menerima isyarat gelombang elektromagnet, contohnya gelombang radio dan gelombang mikro. Dalam antena penghantaran, isyarat dari litar elektronik menyebabkan elektron dalam antena berayun menjana gelombang elektromagnet yang seterusnya disebarkan ke udara atau ruang. Proses sebaliknya berlaku untuk sistem penerima. Bentuk fizikal antena bergantung pada fungsinya. Contoh penggunaan antena adalah pada aerial radio dan radar.
wire type image quality indicatorpetunjuk kualiti imej jenis dawaiTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikLihat petunjuk kualiti imej (IQI).
cablekableKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaDawai berdiameter besar yang menyambungkan komponen elektrik.
1234

Kembali ke atas