DDT | DDT | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Formula (C6,H4,CI)2-CHCCI3. Singkatan bagi diklorofeniltikloroetana. DDT dihasilkan daripada kondensasi satu mol klorin dengan dua mol monoklorobenzena dengan kehadiran asid sulfurik. DDT merupakan sejenis racun serangga sentuh, dan tahan lama pada permukaan pepejal, dan berguna untuk mengawal serangan serangga kayu termasuk anai-anai. |
DDT | DDT | Biologi | Ekologi | Nama kimia, 1,1,1,-trikloro-2,2,-bis (p-klorofenil) etana. Racun serangga hidrokarbon berklorin yang pertama kali dikeluarkan. DDT mempunyai separuh hayat selama 15 tahun, dan sisanya boleh menjadi pekat dalam tisu lemak setengah-setengah organisma, terutama ikan. Disebabkan oleh ketahanannya terhadap sekitaran dan kebolehannya untuk mengumpul dan menjadi semakin pekat dalam rantai makanan, kegunaannya telah diharamkan hampir di kesemua negara. |
DDT | DDT | Kimia | Forensik | Formula kimia, C14H9C15; nama kimia, diklorodifeniltrikloroetana, takat lebur 108.5�C - 109�C. Bahan yang larut dalam piridina dan dioksan, larut separa dalam aseton, karbon tetraklorida, dan tidak larut dalam air. lnsektisid hidrokarbon berklorin ini dapat menghapuskan semua serangga. Ketoksikannya agak rendah terhadap mamalia (LDSD oral ialah 300 mg/kg - SOO mg/kg), tetapi mempunyai ketoksikan yang tinggi terhadap ikan. Tempoh setengah hayat biologi DDT adalah lebih kurang 8 tahun. Kegunaannya kini diharamkan di beberapa negara. |
organochlorine pesticide | pestisid organoklorin | Kejuruteraan | Tiada | , dibuat daripada sebatian organoklorin seperti DDT, Dieldrin, yang mengandungi sebatian organik terklorin. |
chlorinated hydrocarbon | hidrokarbon berklorin | Biologi | Ekologi | Bahan organik yang mengandungi klorin. Kebanyakan bahan ini beracun dan digunakan sebagai racun perosak. Misalnya, DDT, aldrin, dieldrin, heptaklor, lindane, dan endrin. |
antipedicular agent | agen antipedikular | Farmasi | Farmakologi | Agen yang digunakan untuk merawat jangkitan kutu (pedikulosis).Contoh agen yang digunakan ialah organoklorin (contohnya, lindana dan DDT), organofosfat (malation), karbamat (karbaril), piretrin (piretrum) dan piretroid (permetrin). |
chloral | kloral | Kimia | Tiada | Aldehid, formula CCI3CHO, takat beku –57.5oC, takat didih 97.7oC, wujud dalam bentuk cecair berminyak, tidak berwarna, berbau sengit dan larut di dalam alkohol, eter dan kloroform. Klorol disediakan secara pengklorinan etanol atau etanal dan digunakan untuk membuat kloral hidrat dan DDT. Nama bersistemnya ialah trikloroetanal. |
organochlorime compounds | sebatian organoklorin | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Racun serangga sistemik yang mengandungi klorin. Racun ini bertindak ke atas sistem saraf serangga dan menyebabkannya hilang daya penyelarasan, dan kesan yang sama boleh dialami oleh manusia dan haiwan lain. Kebanyakan sebatian organoklorin berkumpul dalam tisu lemak tubuh haiwan. Contoh sebatian ini ialah DDT, dieldrin, dan gamma BHC. |
insecticide | insektisid | Kimia | Forensik | Sejenis pestisid yang digunakan untllk mengawal serangga yang berbahaya kepada manusia, sama ada secara langsung sebagai pembawa penyakit, atau secara tak langsung sebagai pemusnah tumbuhan, hasil makanan, atau gentian tekstil. 1a mungkin terdiri daripada sebatian tak organik seperti arsenik, plumbum, dan kuprum, sebatian organik semulajadi seperti rotenon, piretrin, dan nikotina, sebatian organik sintetik seperti DDT, dieldrin, dan endrin, dan ester organik fosforus seperti paration. Sinonim racun serangga. |