Pemerhatian, pemerincian, penilaian dan perkembangan dalam pembuatan dasar yang merangkumi penilaian tentang pemilihan dasar dan hasilnya, serta mengenal pasti kaedah dasar dihuraikan, dilaksanakan dan dinilai. Analisis sistematik ini menghuraikan kaedah dasar digubal, dianalisis dan dinilai. Kaedah ini penting untuk mengetahui sama ada setiap perancangan dasar yang telah dilaksanakan dapat mencapai matlamat atau sebaliknya. Contohnya, penganalisisan dasar yang telah dilakukan terhadap pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada1970 hingga1990 yang membawa kepada penggubalan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991 hingga 2000.
Thanks for clicking. That felt good.