powdery mildew | kulapuk debu | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
crumble | peroian | Veterinar | Tiada | Makanan yang dijadikan dalam bentuk peroi dan tidak berdebu. Makanan dalam bentuk tepung atau debu diasak supaya menjadi untilan kecil dan dipecah-pecahkan bagi memudahkan ternakan seperti anak ayam memakannya tanpa pembaziran. |
air cleaner | pembersih udara | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti penapis udara yang memasuki enjin untuk proses pembakaran. Penapis ini boleh menyingkirkan sebarang bendasing. debu, kotoran dan serangga daripada memasuki kebuk pembakaran. Unsur pembersih udara biasanya diperbuat daripada kertas berlisu. Sinonim penapis udara. |
allergic reaction | tindak balas alergi | Biologi | Histologi dan Sitologi | Tindak balas badan dan sel yang mengeluarkan bahan kimia akibat serangan antigen, misalnya patogen, debu, makanan tertentu dan lain-lain yang tidak bersesuaian. Pada orang yang tidak alergi, bahan tersebut dimusnahkan, tetapi pada orang yang alergi bahan tersebut merangsang pembentukan histamina dan seterusnya menyebabkan bengkak. |
kinetic poem | sajak kinetik | Kesusasteraan | Tiada | Sajak yang memperlihatkan pergerakan melalui kata atau huruf yang disusun sedemikian rupa sehingga mencapai pola visual. Contohnya dalam sajak �Debu� karya Prof. Dr. Muhammad Bukhari Lubis. Lihat juga puisi pola. |
allergen | alergen | Fizik | Nanoteknologi | Bahan yang apabila dimakan, diminum atau dihidu mudah dikesan oleh sistem imun dan menimbulkan kesan alergi. Alergen digunakan dalam bidang nanoteknologi dengan meluas dalam industri kosmetik, farmaseutikal dan makanan. Namun demikian, bahan aktif tertentu yang diadun dalam nanozarah seperti polikaprolakton dapat mendatangkan alergi kepada manusia dan haiwan. Contohnya, habuk, debu bunga atau bulu haiwan, klorin dan minyak wangi. |
mulamma� | mulamma� | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Parsi dan Turki Uthmani yang mengandungi bait atau misrak dan ditulis dalam dua bahasa ataupun lebih dalam aksara yang sama. Setiap misrak mesti menggunakan bahar (pola irama) yang sama. Pengaruh puisi mulamma� terdapat juga dalam sastera Melayu tetapi tidak tertakluk kepada syarat penggunaan baharnya. Contohnya, gabungan bahasa Melayu dan Arab dalam karya Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) seperti yang berikut: Laut itulah yang bernama Ahad, Terlalu lengkap pada ashya� samad, Olehnya itulah lam-yalid wa-lam-yulad, Wa-lam yakun la-hu kufu�an ahad. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab, iaitu kutipan daripada surah al-Ikhlas. Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam syair Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) sepeti yang berikut: Sungguhpun sekalian di sana jadi, Pada ombak qahhar jangan kau radhi, Sabda Muhammad pada sekalian kami, Ba-ruy-i khwaja bikun kar-i ghulami. Perkataan yang dicondongkan adalah dalam bahasa Parsi yang bererti: �Pada wajah atau pandangan tuan (terhormat), usahakanlah kerja-kerja seorang hamba�. Pengaruh puisi mulamma� ditemui juga dalam sajak Melayu moden. Contohnya dalam petikan sajak Rizi S.S. yang berjudul �Selamat tinggal Alma Materku� (Pilar-pilar Widuri): �Yakin penuh, wa-yarzuqhu, min haythu la-yahtiasib, biarkan daku, berbakti di mana saja�. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab yang dipetik daripada al-Qur�an, Surah al-Talaq, ayat 3: Ertinya: Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya... Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam petikan sajak nasihat oleh Rizi S.S. yang berjudul �Ah ! Apalah� (Pilar-pilar Widuri): Rizi ba duza-i �umr maghrur mabash, Bunyad-I tu nisti ast ma�mur mabash, Har chand duktur u datu� ustadat khwanand, Ay khak ba in ghubar masrur mabash. Bait yang dicondongkan menggunakan bahasa Parsi yang bererti: Rizi! Usah bangga, tempoh usia yang singkat ini, asasmu pada ketidakwujudan berasa makmur, jangan begitu, Orang mungkin menggelarmu, Doktor, Dato� dan Profesor, Duhai bumi! Usahlah gembira dengan debu yang berterbangan. |