pollen supplement | debunga tambahan | Pertanian | Agronomi | Debunga gantian yang ditambah dengan 2 hingga 25 peratus debunga. Debunga tambahan digunakan untuk merangsang pembiakan lebah madu semasa kekurangan sumber debunga seperti kemarau. Di samping itu, debunga tambahan juga digunakan semasa menubuhkan koloni baru. |
pollen trap | perangkap debunga | Pertanian | Agronomi | Perangkap yang dipasang pada pintu masuk kotak lebah untuk mendapatkan debunga. Lebah-lebah yang membawa pulang debunga diasuh untuk memasuki lubang yang diperbuat daripada wayar halus untuk memisahkan debunga daripada badan lebah. Debunga yang terpisah dikumpulkan di dalam bekas yang disediakan. Perangkap debunga hanya dipasang semasa musim berbunga. |
pollen variability | kebolehubahan debunga | Pertanian | Agronomi | Variasi yang ada pada debunga sama ada daripada spesies, genus atau setiap debunga. Variasi ini merangkumi ciri morfologi seperti bentuk, warna, dan kelicinan permukaan debunga, serta ciri nutrien seperti kandungan protein, enzim, dan antioksidan. |
anther culture | kultur cepu debunga | Bioteknologi | Tiada | Teknik yang digunakan untuk menghasilkan kultur tisu atau tumbuh-tumbuhan haploid daripada sel cepu debunga atau sel debunga. |
pollen | debunga | Biologi | Ekologi | Butir halus yang mengandungi gamet jantan. Debunga dihasilkan oleh anter tumbuhan berbunga, dan disebarkan oleh agen seperti angin, serangga atau air. Debunga yang melekat pada stigma akan bercambah, dan mengeluarkan salur debunga yang tumbuh ke dalam stil menuju ke ovari untuk melaksanakan proses persenyawaan. |
pollen substitute | debunga gantian | Pertanian | Agronomi | Makanan untuk lebah madu yang menggantikan debunga dan terdiri daripada campuran yang tinggi kandungan proteinnya. Campuran ini mengandungi tepung soya, susu tepung tanpa lemak dan yis pembru. Debunga gantian digunakan sebagai makanan lebah madu dalam keadaan sukar untuk mendapatkan debunga. |
microspore | mikrospora | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Spora yang terbentuk di dalam sporangiumn tumbuh-tumbuhan heterospora, yang akan menjadi gamet jantan. 2. Sel yang menghasilkan debunga. 3. Debunga. 4. Anisospora kecil pada Sarcodina. |
pollen culture | kultur debunga | Pertanian | Agronomi | Pembiakan atau pengkulturan sel-sel dari debunga menggunakan medium sintetik.Setiap debunga mempunyai satu set kromosom, dan setiap anak tumbuhan mempunyai sel haploid. Kromosom ini boleh digandakan dengan menggunakan kolkisin untuk menghasilkan tumbuhan yang homozigus. |
pollen mother cell | sel induk debunga | Pertanian | Agronomi | Sel yang membentuk debunga sebelum antesis yang melibatkan proses meosis untuk menghasilkan debunga yang haploid. |
pollen basket | raga debunga | Biologi | Histologi dan Sitologi | Bulu pada belakang tibia lebah pekerja yang membolehkan debunga melekat padanya semasa menyunting bunga dan memindahkan debunga tersebut ke kuntum bunga yang lain. korbikulum. |