Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.kat.de.kat] | دکت٢

Definisi : dekat (tidak jauh) antara satu dgn yg lain, rapat-rapat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dekat-dekat

Puisi
 

Duku dekat pohon melati,
     Banyaknya di bawah bunga bertabur;
Hatiku lekat mungkin ke mati,
     Rasa jiwa seumpama lebur.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Dekat dapat ditunjal,
     jauh dapat ditunjuk.

Bermaksud :

Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
near field distancejarak medan dekatTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJarak yang hampir di hadapan prob yang menyebabkan keamatan gelombang ultrasonik berubah-ubah. Jarak medan dekat ini dikenali juga sebagai medan Fresnel atau zon Fresnel. Jarak ini boleh dikira dengan formula seperti yang berikut: N = D^2/4 λ, Dengan D ialah garis pusat prob dan λ ialah jarak gelombang. Lihat juga sudut serak alur.
ultraviolet visible near infrared spectroscopyspektroskopi inframerah dekat ultraungu tampakNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah untuk menentukan sebatian kimia apabila sampel menyerap sinaran dalam jarak ultraungu ke inframerah-dekat (190 � 2000 nm).
Near-Field Communication (NFC)Komunikasi Medan DekatTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTeknologi berasaskan set protokol komunikasi yang membolehkan dua peranti elektronik (salah satunya bersifat mudah alih seperti telefon pintar) berhubung secara dekat dalam lingkungan jarak empat sentimeter. Teknologi NFC memudahkan dan mempercepat pindahan maklumat antara peranti dengan sekali sentuhan sahaja seperti pembayaran bil, penukaran kad perniagaan, memuat turun kupon, atau berkongsi kertas penyelidikan.
punctum proximumtitik dekatSains KesihatanTiadaTitik di medan penglihatan yang sepadan dengan foveola apabila akomodasi di tahap maksimum.
near-field recordingrakaman medan dekatSains KesihatanTiadaProses merakam respons auditori dengan menggunakan elektrod yang diletakkan berhampiran dengan penghasil respons.
push-up exerciselatihan tolak-dekatSains KesihatanTiadaTerapi penglihatan secara menumpukan perhatian ke arah suatu objek yang digerakkan mendekati atau menjauhi hidung.
short haul tripperjalanan jarak dekatPelanconganTiadaPerjalanan pengangkutan ke destinasi berdekatan yang boleh dilakukan dengan kerap.
near infrared regiondaerah inframerah dekatKimiaKimia AnalisisJulat panjang gelombang sinaran elektromagnet di antara 800-2500 nm yang bersamaan dengan julat frekuensi di antara 3.8 x 1014 – 1 x 1014 Hz.
near ultraviolet regiondaerah ultralembayung dekatKimiaKimia AnalisisJulat panjang gelombang sinaran elektromagnet di antara 200-400nm yang bersamaan dengan frekuensi di antara 1.5 x 1015-7.5 x 1014 Hz.
near-field microwave microscopy (NFMM)mikroskopi mikrogelombang medan dekat (NFMM)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah yang digunakan untuk pencirian bahan secara kuantitatif dengan mengukur tindak balas gelombang pada skala tertentu, yang panjang gelombangnya lebih pendek daripada gelombang elektromagnet tuju. Prinsip pengukuran seperti dalam rajah.
12345

Kembali ke atas