Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.mo.gra.fi] | ديموݢرافي

Definisi : (démografi) kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk (dr segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian, dsb) dlm tempoh waktu tertentu: faktor ~ menye­babkan orang lambat-laun berusaha mem­peroleh kerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demografi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
economic demographydemografi ekonomiEkonomiTiadaLihat demografi.
demographydemografiEkonomiTiadaIlmu tentang kependudukan yang meliputi arah aliran kadar kelahiran, kadar kematian, taburan umur, serta kesannya terhadap pertumbuhan penduduk. Perubahan yang berlaku pada penduduk biasanya mempunyai implikasi terhadap ekonomi. Umpamanya kenaikan kadar kelahiran menyebabkan pertambahan saiz tenaga kerja, dan ia boleh mempengaruhi kadar pertumbuhan ekonomi. Kaitan antara penduduk dan ekonomi disebut demografi ekonomi.
absolute ratekadar mutlakinsuransTiadaKadar pengurangan dalam demografi yang didasarkan kepada sesuatu sebab pengurangan (seperti kematian akibat kemalangan, berhenti kerja dll.) tanpa bersandarkan kepada sebab-sebab pengurangan lain.
genocidegenosidKriminologiKeadilan JenayahPembunuhan yang disengajakan terhadap sekumpulan besar orang berdasarkan pelbagai faktor seperti geografi, demografi dan politik. Contohnya, pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki yang mengakibatkan kematian sekumpulan besar penduduk di Jepun. Pembersihan etnik boleh digolongkan sebagai satu bentuk genosid. Contohnya, pembersihan etnik Rohingya di Myanmar.
genome-wide populationpopulasi sekitar genomBioinformatikBioinformatik MolekulPerbandingan berskala besar antara jujukan DNA dalam populasi yang mengkaji kesan sekitar genom dalam memahami proses evolusi mikro yang berkaitan dengan sejarah filogenetik dan demografi populasi.

Kembali ke atas