Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sl sahabat, kawan, teman; 2. Mn, sl hamba, sahaya: Datuk Bendahara itu banyak sungguh ~nya; 3. sl saya, aku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan II


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
redox reactiontindak balas redoksKimiaTiadaTindak balas penurunan dan pengoksidaan yang berlaku serentak dalam tindak balas kimia. Misalnya, tindak balas kuprum(II) oksida dengan zink menghasilkan logam kuprum dan zink(II) oksida. Dalam tindak balas ini, kuprum(II) oksida diturunkan menjadi logam kuprum manakala logam zink dioksidakan menjadi zink(II) oksida. Tindak balas ini melibatkan pemindahan elektron dari zink (iaitu tindak balas pengoksidaan) kepada ion kuprum(II) (iaitu tindak balas penurunan).
Hpa II tiny fragmentskeratan kecil Hpa IIBiologiGenetikKeratan DNA yang terhasil apabila DNA vertebrat dikerat dengan enzim Hpa II. panjang keratan ialah dalam lingkungan 120 bp.
SRC-II processproses SRC-IIKejuruteraanKejuruteraan KimiaSingkatan bagi proses �Solvent Refined Coal II�, iaitu pembaikan proses SRC dengan keutamaan untuk menghasilkan minyak sintetik dan bukannya bahan api pepejal bebas sulfur atau galian. Proses dimulakan dengan menambahkan arang batu serbuk ke dalam buburan minyak produk edaran bercampur hidrogen pada suhu 370 - 400�C dan tekanan 1500 � 2000 psig. Ini bertujuan untuk merangsang penguraian terma dan pelarutan eksotermik arang batu. Produk minyak berat yang bersuhu 440 - 465�C kemudiannya disuling untuk mendapatkan komponen minyak sintetik.
Mear criterion IIkriteria Mear IIKejuruteraanKejuruteraan KimiaKriteria yang menyatakan bahawa suhu larutan bahan tindak balas pukal akan menyerupai suhu pada permukaan luar zarahan mangkin jika (-DHR) (-rA) rB r E/h T2 R < 0.15, dengan -DHR = haba tindak balas, -rA = kadar tindak balas, rB = ketumpatan pukal mangkin, r = jejari mangkin, E = tenaga pengaktifan, T = suhu, R = pemalar gas semesta, h = pemalar pemindahan haba.
class II cavitykaviti kelas IIPergigianTiadaSejenis klasifikasi kawasan kaviti oleh G.V. Black mengikut kejadian karies. Kaviti kelas II ialah kaviti di kawasan proksimal gigi posterior. Biasanya karies jenis ini terjadi di permukaan mesial atau distal gigi molar atau pramolar. Kaviti jenis ini biasanya direstorasi dengan bahan amalgam atau komposit. Lihat gambar.
ECP II processproses ECP IIKomunikasiTiadaProses membuat filem berwarna melalui sistem pemanasan iaitu dengan menggunakan bahan-bahan kimia foto bersuhu tinggi, khususnya penggunaan filem positif sebagai hasil cetakan filem negatif.
group II gasifierpenggas kumpulan IIKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenggas generasi kedua yang menggaskan arang batu kepada SNG dengan menggunakan kaedah penghidrogasan. Keluaran proses ini kaya dengan metana dan tidak memerlukan tindak balas pemetanan sebelum SNG sedia untuk digunakan.
Damkohler number group IInombor Damkohler Kumpulan IIKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah kadar tindak balas kimia terhadap kadar resapan molekul bagi tindak balas kimia bermangkin yang dijelaskan sebagai dengan rp = jejari liang, -R = kadar tindak balas kimia, Cs = kepekatan bahan tindak balas pada permukaan mangkin, Deff = pekali resapan molekul berkesan.
ferriferrousferiferusKimiaTiadaBerkaitan dengan sebatian yang mengandungi kedua-dua ferum yang bernombor pengoksidaan +2 dan +3, misalnya, sebatian ferum(II)-diferum(III) sulfida, FeS.Fe2S3, dan ferum(II) diferum(III) oksida, FeO.Fe2O3.
double saltgaram ganda duaKimiaTiadaSebatian yang terbentuk apabila campuran larutan dua garam yang berbeza dihablurkan dengan nisbah lomar tertentu. Sebatian ini merupakan garam kompleks yang mengandungi dua kation yang berlainan. Misalnya, ferum(II) ammonium sulfat, Fe(SO4)- (NH4)2SO4 diterbitkan daripada campuran dua garam asal, iaitu ferum (II) sulfat, FeSO4 dan ammonium sulfat, (NH4)2SO4. Larutan garam ini mengion untuk menghasilkan ion ferum(II), ion ammonium dan ion sulfat.
12345678910...

Kembali ke atas