culpable homicide | pematian salah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan atau membiarkan seseorang yang sakit atau cedera tanpa rawatan yang menyalahi undang-undang, yang menyebabkan kematian dengan niat atau menyebabkan kecederaan yang memungkinkan kematian dengan niat, atau dengan pengetahuan bahawa tindakannya akan menyebabkan kematian. |
vishing | penipuan panggilan | Teknologi Maklumat | Tiada | Cubaan dengan niat jahat melalui panggilan telefon untuk mengekstrak data daripada pengguna, organisasi atau perniagaan tertentu bagi pencurian identiti dan jenayah siber yang berkaitan. |
smishing | penipuan SMS | Teknologi Maklumat | Tiada | Cubaan dengan niat jahat melalui sistem mesej singkat untuk mengekstrak data daripada pengguna, organisasi atau perniagaan tertentu bagi pencurian identiti dan jenayah siber yang berkaitan. |
Zoombombing | pencerobohan Zoom | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Pencerobohan dengan niat mengganggu, kebiasaannya oleh golongan hasut maya di Internet terhadap panggilan persidangan video Zoom. |
spear phishing | pancing data serampang | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Cubaan dengan niat jahat melalui hantaran e-mel palsu untuk mengekstrak data daripada pengguna, organisasi atau perniagaan tertentu bagi pencurian identiti dan jenayah siber yang berkaitan. |
intentional injury | kecederaan disengajakan | insurans | Tiada | Kecederaan yang disebabkan oleh perbuatan dengan niat untuk mencederakan diri sendiri. Pada umumnya kecederaan ke atas insured boleh dilindungi oleh insurans selagi kecederaan ilu tidak disengajakan. |
insurance fraud | penipuan insurans | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah kewangan yang dilakukan dengan niat memperoleh hasil secara salah daripada proses insurans. Contohnya, tuntutan insurans palsu. |
bailment | penjaminan | insurans | Tiada | Harta persedirian seseorang yang dijaga oleh pihak lain dengan niat untuk memulangkannya kepada pemilik asal. |
intentional injury | kecederaan disengajakan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kecederaan yang disebabkan oleh perbuatan dengan niat untuk mencederakan diri sendiri. Pada umumnya kecederaan ke atas insured boleh dilindungi oleh insurans selagi kecederaan itu tidak disengajakan. |
Zoombomber | penceroboh Zoom | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Individu yang berada dalam persidangan video Zoom tanpa diundang dengan niat untuk mengganggu mesyuarat. |