Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[deng.kur] | دڠکور

Definisi : 1. bunyi spt bunyi nafas yg kuat (dr orang yg sedang tidur), keruh; 2. bunyi kur kur (kerana kesakitan yg amat sangat): ter­dengar bunyi orang tersungkur jatuh di hujung tangga diikuti ~ yg kuat; berdengkur, mendengkur 1. menge­luar­kan dengkur (ketika tidur), berkeruh, me­ngeruh: tidur ~; 2. tidur dgn nyenyaknya serta mengeluarkan (bunyi) dengkur: apabila ayam berkokok kencang, aku sudah jaga, tetapi Mustapha masih ~; dengkuran dengkur, bunyi mendengkur: Fauzi dgn mulutnya ternganga, melepaskan ~ pula spt bunyi harimau menantikan mangsanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[deng.kur] | دڠکور

Definisi : bunyi nafas yg kuat sewaktu tidur; keruh: Dia berasa terganggu mendengar ~ orang itu. berdengkur mengeluarkan dengkur; berkeruh: Matahari sudah tinggi tetapi Ali masih ~. dengkuran bunyi dengkur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengkur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stertorstertorKejururawatanTiadaBunyi dengkur semasa pernafasan pada pesakit yang tidak sedarkan diri.
stridorstridorKejururawatanTiadaBunyi dengkur semasa menyedut udara disebabkan oleh halangan dalam larinks dan trakea.

Kembali ke atas