Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.nyut] | دڽوت

Definisi : gerakan turun naik atau kembang kempis (nadi, jantung, ubun-ubun, dll); ~ jantung gerakan kembang kempis atau de­baran jantung; ~ nadi gerakan nadi; berdenyut, mendenyut bergerak turun naik atau kembang kempis (spt gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dll): apabila jantung itu ~, maka darah pun mengalir; hatinya men­denyut menahan kemarahannya; denyutan gerakan kembang kempis atau turun naik (bkn nadi, ubun-ubun, jantung, dll), gerakan mengembut-embut, gerakan kemut-kemut: senaman boleh menderaskan ~ jantung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.nyut] | دڽوت

Definisi : = denyutan gerakan turun naik (pd nadi, ubun-ubun, pembuluh darah dll). ~ arus perubahan voltan atau arus elektrik yg berlaku dgn tiba-tiba atau sementara. berdenyut bergerak turun naik (pd nadi, ubun-ubun, jantung dll): Nadi orang hidup sentiasa ~ . (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata denyut


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pulser circuitlitar pendenyutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPenjana denyut mudah yang digunakan untuk memacu litar-litar terkawal denyut. Litar pendenyut menghasilkan denyut pendek elektrik untuk menjana gelombang denyut pada transduser. Litar pendenyut adalah salah satu litar yang terdapat dalam peralatan ultrasonik pengesan kecacatan.
pulse lengthpanjang denyutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJulat masa antara titik-titik tempat nilai pada pinggir depan dengan pinggir belakang yang mempunyai hubungan tertentu terhadap amplitud denyut puncak. Nilai panjang denyut mempengaruhi resolusi prob. Hal ini bergantung kepada standard, biasanya panjang/lebar denyut diukur pada aras 20% Ketinggian Skrin Penuh (FSH), apabila kepekaan disetkan pada ketinggian ujian yang ditetapkan.
initial pulsedenyut awalTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikDenyut yang dipaparkan di sebelah kiri skrin alat ultrasonik apabila prob dikenakan denyutan elektrik dengan mengeluarkan gelombang ultrasonik.
pulse reflection techniqueteknik pantulan denyutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikLihat teknik gema denyut.
heart ratekadar jantungKejururawatanTiadaBilangan denyut jantung dalam seminit. Bagi orang dewasa yang normal, denyut jantungnya ialah 60 hingga 80 denyutan per minit.
decade scalerpenskala dekadFizikTiadaPenskala yang menghasilkan satu denyut output bagi setiap 10 denyut input. pembilang dekad.
pulse echo techniqueteknik gema denyutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSalah satu teknik ujian ultrasonik yang menunjukkan amplitud denyutan dipaparkan pada layar peralatan ultrasonik. Paksi menegak menunjukkan amplitud isyarat, manakala paksi mendatar menunjukkan masa transit perjalanan bunyi dalam bahan. Sinonim teknik pantulan denyut. Lihat juga Imbas-A.
pulsedenyutKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaVoltan terjah tinggi yang dihasilkan dalam litar sekunder sistem pencucuh.
pulsedenyutKimiaKimia Analisis1. Getaran tunggal bunyi, cahaya dan lain-lain disebabkan oleh pelbagai arus elektrik terutamanya yang menghasilkan isyarat. 2. Perubahan dalam suatu kuantiti yang biasanya malar, yang mempunyai tempoh masa tertentu yang biasanya sangat pendek berbanding dengan jangka masa yang dikaji.
beatdenyut ; pukul; putarPentadbiran PerniagaanTiada1. Pukul: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memukul.,2. Putar: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memutar.
123

Kembali ke atas