Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.pa] | دڤا

Definisi : (dépa) Kd, Pl, Pn mereka semua, dema. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.pa] | دڤا

Definisi : (ukuran) panjang antara kedua-dua hujung tangan yg didepangkan (empat hasta atau kira-kira enam kaki); mendepa mengukur dgn depa (dgn men­de­pangkan tangan): kuli-kuli itu sedang ~ ka­wa­san yg mesti mereka kerjakan utk hari ini; mendepakan merentangkan atau meng­hulurkan (tangan) lurus-lurus ke kanan dan ke kiri, mendepangkan: satu drpd gerak badan yg dilakukan ialah dgn ~ kedua-dua belah tangan perlahan-lahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.pa] | دڤا

Definisi : panjang di antara dua hujung tangan yg didepangkan (+ 4 hasta atau 6 kaki atau 1.8m). mendepa mengukur dgn depa: Mereka ~ bilik itu utk menganggarkan panjangnya. mendepakan mendepangkan (tangan) selaku orang mendepa: Dia ~ tangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata depa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fatomfatomSains MarinTiadaUnit ukuran bagi depa jarak panjang yang bersamaan dengan 6 kaki (1.8 m). Unit ini biasanya digunakan untuk mengukur kedalaman air laut. Alat yang selalunya digunakan untuk mengukur kedalaman air laut ialah fatometer dan kaedah ini dikenali sebagai fatogram.

Kembali ke atas