Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ruan] | دروان

Definisi : deru: bunyi ~ enjin motokar di jalan raya mengganggu fikirannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ruan] | دروان

Definisi : bunyi spt bunyi tiupan angin yg kuat (ribut dll): Dr jauh kedengaran ~ ombak memukul pantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deruan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heart murmurderuan jantungKejururawatanTiadaBunyi jantung tidak normal yang disebabkan oleh pengaliran balik darah. Biasanya bunyi ini disebabkan oleh stenosis dan/atau inkompetens injap jantung. Bunyi ini boleh dikesan dengan bantuan stetoskop.
rheumatic feverdemam reumatikKejururawatanTiadaPenyakit yang berjangkit terutamanya pada kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini timbul sebagai komplikasi lewat bagi jangkitan ke atas trek pernafasan oleh streptokoki hemolitik. Ciri-ciri utamanya ialah demam, artritis, dan perikarditis. Komplikasi penyakit ini ialah inflamasi pada injap jantung yang mengakibatkan kegagalan jantung, deruan dan kerosakan injap jantung.

Kembali ke atas