Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; berdesak bersesak-sesak, berasak-asak (kerana sempit): orang ~ ketika hendak masuk stadium utk menonton bola sepak; berdesak-desakan bersesak-sesak, berasak-asakan, berebut-rebut (tempat dll): seorang perempuan muda pengsan terbaring ke­rana ~; mendesak 1. menolak (menyorong, men­dorong) dgn badan, mengasak: pintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penonton-penonton ~ dr belakang hendak cepat; 2. mengasak (menghimpit, menghambat) hing-ga mundur (undur, lemah, dll): tentera Berikat telah ~ tentera Fasis hingga menyerah; 3. meminta (menuntut) dgn sungguh-sungguh: kerajaan pusat telah didesak supaya mem­banyakkan lagi biasiswa utk pelajar-pelajar Melayu; 4. (bkn sesuatu hal, keadaan, per­kara) yg memaksa, (bkn sesuatu hal) yg penting sekali: soal yg sangat ~ dlm penya­maan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah; 5. hampir tiba waktunya (ketika, masa, saat): waktu telah ~ benar, kita mesti siapkan kerja kita lekas-lekas; 6. menghasut, mengacum: tentu­lah ada orang yg ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya terhadapku; 7. men­dorong, mempengaruhi, memberangsang: dgn sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak pula oleh rasa terpulau dan terpencil ...; mendesakkan meminta dgn paksa, menun­tut dgn sungguh-sungguh: orang itu betul-betul ~ kemahuannya sahaja; terdesak 1. tertekan, terdorong: raksa di dlm salur itu akan ~ ke bawah lebih rendah drpd paras raksa yg berada di sebelah luar salur; 2. terasak, terhimpit: ketika berebut masuk ke dewan itu, ramai kanak-kanak yg menjerit kerana ~; 3. susah (sulit) sekali, tertekan, terhimpit: kehidupannya telah ~, dia terpaksa bekerja keras; 4. terdorong, didorong, diberangsang, dipengaruhi: dia memasuki tentera kerana ~ oleh rasa tanggungjawab terhadap nusa dan bangsa; 5. terpaksa, mesti, tidak boleh tidak: bukan kerana apa, melainkan kerana ~; 6. didesak; desakan 1. tekanan (tolakan) yg kuat: pintu itu pecah kerana ~ orang ramai dr luar; 2. permintaan (tuntutan) yg keras (seolah-olah memaksa): dia membuat kenyataan itu atas ~ barisan bertindak baru-baru ini; 3. dorongan (hajat, kasad) yg sungguh-sungguh: ~ utk mencari adikku yg lari itu telah surut kembali; keterdesakan keadaan (perihal) terdesak: ~ boleh membawa kesan dlm proses mem­buat keputusan; pendesakan perihal atau perbuatan men­desak atau mendesakkan; pendesak orang yg mendesak (meminta se­suatu dgn sungguh-sungguh): golongan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata desak I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
driving forceskuasa desakPentadbiranTiadaKuasa yang ada pada seseorang individu atau badan yang boleh mengarah sesuatu kelakuan itu lari daripada amalan lazim.
air-lift pumpingpemampaan desak udaraHidrogeologiTiadaPemampaan air dari sebuah perigi dengan cara melepaskan udara tertekan ke dalam paip luah yang diturunkan ke dalam perigi. Pencampuran gelembung udara dengan air akan mengurangkan graviti spesifik turus air dengan secukupnya untuk menaikkannya ke permukaan.

Kembali ke atas