desert island fiction | fiksyen pulau tanpa penghuni | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen yang menggunakan pulau yang terpencil sebagai latar tempat dan plot fiksyen tersebut. Dalam fiksyen atau cereka ini, pulau digunakan sebagai latar tempat, sesuai dengan kedudukannya yang terpencil dan jauh daripada dunia realiti. Fiksyen ini mengisahkan seorang watak utama yang tersadai di sebuah pulau yang terpencil. Watak tersebut menempuh pelbagai kesusahan dan rintangan yang mengajarnya untuk mengenal diri. Dari segi sejarah, genre sastera ini lahir dan diperkenalkan oleh Defoe melalui karya Robinson Crusoe pada tahun 1719. Kemudian genre ini menjadi sesuatu yang universal dengan bentuk penceritaan atau plot yang hampir sama. Pada tahun yang sama, Defoe menerbitkan sambungan karyanya yang pertama berjudul The Further Adventure of Robinson Crusoe. Karya ini diadaptasikan dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti Perancis dan Jerman, contohnya The Swiss Family Robinson (1814). Karya ini jug diadaptasikan ke dalam karya kanak-kanak seperti The Young Islanders (1841) karya J. Taylor. Dalam proses mengadaptasikan Robinson Crusoe, mempunyai beberapa persamaan dengan karya berjudul Hayy ibn Yaqzan oleh Ibn Tufayl, sasterawan Arab Andalus dari sudut latar tempat pulau dan tema pencarian diri. Dalam sesetengah karya, pulau dianggap tempat yang bersih, manakala dalam karya lain, pulau dianggap sudah tercemar. |
desert locust | belalang gurun | Biologi | Tiada | Belalang yang terdapat di padang rumput di Afrika dan di Asia. Belalang ini berpindah dari satu tempat ke satu tempat dalam kelompok yang besar dan perpindahannya mengikut gerakan sistem tekanan rendah yang membekalkan hujan untuk kemandirian telurnya di dalam tanah. |
food desert | gegurun makanan | Makanan dan Pemakanan | Tiada | Kawasan yang mempunyai akses terhad kepada makanan berkhasiat. |
electronic warfare | peperangan elektronik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah peperangan moden yang menggunakan spektrum elektromagnet secara aktif atau pasif. Kaedah ini mempunyai tiga komponen utama, iaitu serangan elektronik, perlindungan elektronik dan sokongan elektronik serta mula mendapat perhatian dalam Operation Desert Storm ketika Perang Teluk pada tahun 1990. |