Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.sis] | دسيس

Definisi : bunyi spt desus tetapi lebih kecil; berdesis berbunyi desis; mendesis 1. berdesis; 2. berkata dgn per­lahan-lahan, berbisik, membisik: bibirnya ~, “Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun”; mendesis-desis mendesis berulang-ulang, berbisik-bisik, membisik-bisik: sekali-sekali terdengar juga suara bibir Bok Karta ~ membaca kulhu dan fatihah; desisan bunyi berdesis (mendesis). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata desis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
systolic murmurdesis sistolVeterinarPraklinikalBunyi yang dihasilkan oleh aliran darah yang bergelora semasa fasa pengecutan ventrikel. Desis sistol menunjukkan terdapat keabnormalan pada injap jantung seperti dalam stenosis aorta dan regurgitasi mitrium. Bunyi ini dapat dikesan melalui auskultasi jantung.
cardiac murmurdesis kardiumVeterinarPraklinikalBunyi tidak normal yang dapat didengar pada jantung. Bunyi ini boleh menandakan kemungkinan kebocoran injap stenosis atau jantung berlubang kongenital. Terdapat juga desis yang tidak menandakan penyakit jantung seperti yang boleh didengar pada anak kuda.
assibilatedesisLinguistikTiadaTiada

Kembali ke atas