shi�r ?l-w??f | shi�r ?l-w??f | Kesusasteraan | Tiada | Puisi arab yang mengandungi unsur deskriptif yang membicarakan keindahan alam sekitar. Antara ciri puisi ini adalah memaparkan elemen persekitaran seperti benda dan haiwan, unsur perbandingan langsung atau tidak langsung, unsur hiperbola dan sebagainya. Shi�r ?l-w??f pada zaman Jahiliah mempunyai elemen perasaan, khayalan, dan lafazan, bertujuan mengambarkan sesuatu objek dalam kehidupan dan persekitaran mereka. Objek yang menjadi perhatian penyair ialah binatang tunggangan seperti unta dan kuda, di samping khayalan mereka tentang suasana padang pasir yang kontang, Contoh penyair deskriptif zaman Jahiliah yang terkenal ialah Imru� al �Qays dan al-Nabighah al-Ja �di. shi�r ?l-w??f berkembang di Andalus dengan kemasukan unsur baharu seperti salji. Puisi deskriptif ini berbeza bentuk atau pengolahannya berbanding dengan puisi deskriptif pada zaman Jahiliah. Antara penyair zaman Andalus ialah Ibn Khafajah (Diwan). |
descriptive economics | ekonomi deskriptif | Ekonomi | Tiada | Kaedah pengkajian ekonomi yang menghuraikan fenomena ekonomi seperti perjalanan dan fungsi institusi ekonomi tanpa membuat kesimpulan yang logik tentang sebab dan akibatnya. Sinonim ekonomi perihalan. |
descriptive statistics | statistik deskriptif | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu cabang statistik berkenaan dengan teknik bergraf untuk menerangkan ciri-ciri data. |
antonomasia | antonomasia | Kesusasteraan | Tiada | Frasa deskriptif yang berbentuk kiasan bagi menggantikan panggilan nama seseorang. Contoh: "Marhum Mangkat Dijulang" untuk maksud nama khas Sultan Mahmud Johor. |
descriptive economics | ekonomi perihalan | Ekonomi | Tiada | Lihat ekonomi deskriptif. |
sketch | sketsa | Kesusasteraan | Tiada | Karangan pendek dalam bentuk dramatik, naratif, atau deskriptif. Dalam teater, sketsa merujuk kepada persembahan drama berbentuk komedi yang ringkas tetapi utuh kendiri. Contohnya, lakonan pendek yang dipersembahkan sebagai pembuka tirai. Dalam bentuk prosa naratif, sketsa bersifat lebih ringan daripada cerpen, dengan plot dan watak yang kurang berkembang. Sketsa juga boleh menjadi suatu pemerian ringkas tentang manusia atau tempat, seperti yang sering ditemui dalam akhbar, majalah, atau media lain. Antara contoh sketsa ialah karya tentang kempen antimerokok, kemerdekaan, atau bumi hijau. |
anticlimax | antiklimaks | Kesusasteraan | Tiada | Perubahan secara tiba-tiba yang berlaku di akhir sesuatu tulisan (naratif atau deskriptif) atau percakapan, daripada idea yang lebih penting atau serius kepada sesuatu yang biasa, remeh-temeh atau melucukan. Istilah ini biasanya dihubungkan dengan kesan yang dialami oleh pembaca pada ketika sesuatu kejadian atau kisah itu diharapkannya akan menjadi suatu peristiwa yang lebih menarik, lebih hebat, lebih serius atau seumpamanya, tetapi pada akhirnya yang berlaku adalah sebaliknya. Antiklimaks mungkin mendatangkan kekuatan atau kelemahan kepada sesuatu kisah, bergantung pada sama ada ia dilakukan dengan sengaja atau tidak. Unsur ini mungkin dilakukan secara mendadak atau dengan menyusun cerita secara perlahan-lahan dan mengubahnya daripada penumpuan dan jangkaan sebenar pembaca. |
characteristic piece/character piece/ miniatures | muzik perwatakan | Muzik | Tiada | Karya piano solo Zaman Romantik. Muzik perwatakan merupakan salah satu daripada muzik program. Muzik perwatakan mempunyai tajuk deskriptif tentang sesuatu cerita atau suasana. |