drifter | pengembara | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang mengembara dari satu destinasi ke destinasi yang lain tanpa tujuan. |
hitch-hiking | pengembaraan tumpang | Pelancongan | Tiada | Aktiviti menjelajah dengan menumpang kenderaan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. |
actual departure report | laporan perlepasan sebenar | Pelancongan | Tiada | Maklumat pergerakan pengangkutan atau kenderaan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Laporan perlepasan sebenar mengandungi perincian, seperti waktu berlepas, nombor pendaftaran kenderaan dan senarai nama penumpang. |
cabotage rights | hak kabotaj | Pelancongan | Tiada | Kebenaran yang diberikan kepada syarikat pengangkutan untuk beroperasi dari satu destinasi ke destinasi yang lain dalam negara. |
passenger traffic manager | pengurus trafik penumpang | Pelancongan | Tiada | Individu yang bertanggungjawab untuk mengendalikan pergerakan penumpang dari satu destinasi ke destinasi yang lain. |
outward destination | destinasi keluar | Pelancongan | Tiada | Destinasi tujuan yang terletak di luar destinasi asal. |
ferry mileage | batuan feri | Pelancongan | Tiada | Jarak perjalanan pengangkutan air dari destinasi asal ke destinasi yang dituju. |
fare simplification | pemudahan tambang | Pelancongan | Tiada | Kaedah pengiraan mudah bagi mengeluarkan tiket penerbangan. Contohnya, kadar tambang dari destinasi A ke destinasi B mengikut musim yang telah ditentukan oleh syarikat penerbangan. |
secondary travel destination | destinasi perjalanan sekunder | Pelancongan | Tiada | Destinasi yang kurang dilawati disebabkan faktor tertentu, seperti kekurangan daya tarikan dan infrastruktur serta jauh dari laluan biasa. |
destination index | indeks destinasi | Pelancongan | Tiada | Penunjuk yang melambangkan tahap pencapaian sesuatu destinasi pelancongan, berasaskan ciri tertentu. |