paean | paean | Kesusasteraan | Tiada | Nyanyian untuk Dewa Apollo dan menyeru namanya sebagai dewa-dewa perubatan yang mengubati dengan kuasa ghaib. |
dithyramb | ditiramb | Kesusasteraan | Tiada | Sebuah persembahan yang mengandungi dikir dan nyanyian untuk meraikan dewa Dionysius, yang berkaitan dengan arak, keseronokan dan kesuburan. Pada peringkat awalnya, ditiramb mempersembahkan cerita yang diimprovisasikan dan dinyanyikan secara solo oleh ketua kumpulan dan dijawab oleh kumpulan korus. Kemudian, ditiramb diperluas untuk meraikan dewa-dewa yang lain. Seterusnya, ditiramb berkembang daripada upacara ritual kepada bentuk kesusasteraan yang mengetengahkan cerita kepahlawanan. Dalam kesusasteraan moden (selepas abad klasik), bentuk ini sudah tidak popular lagi. Contoh ditiramb moden ialah karya Dryden, Alexander�s Feast yang memperlihatkan gaya persembahan yang penuh ghairah. Ditiramb berasal daripada bahasa Yunani dithurambos yang bermaksud �nyanyian rakyat�. |
Dionysian | gaya Dionysius | Kesusasteraan | Tiada | Gaya Dewa Dionysius sebagai dewa arak dan keseronokan dengan mitos orang Yunani. Dionysius dipuja dengan sajian persembahan drama yang berkaitan dengan kesuburan. Dewa ini dikaitkan dengan pusingan musim, kelahiran, kematian dan kelahiran semula, dan diraikan dalam pelbagai jenis pesta dan ritual. Tragedi, ditiramb dan drama satira menjadi sebahagian persembahan yang penting semasa meraikannya. Lihat juga ditiramb, satira, tragedi. |
g�tterd�mmerung | g�tterd�mmerung | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang bertemakan keruntuhan dan kemusnahan dunia yang diiringi oleh keganasan yang menggugat ketamadunan manusia. Kekalahan tentera Austria dan rusia di Austerlitz yang dilukiskan oleh Tolstoy dalam karyanya War and Peace disebut g�tterd�mmerung. G�tterd�mmerung berasal daripada perkataan Jerman yang bermaksud �senja kala dewa-dewa�. |
deity | dewata; dewa; dewi | Sejarah | Tiada | Sesuatu yang dipertuhankan, dengan gelaran dewa, dewi, dewata dan sebagainya. |
Eros | Eros | Kesusasteraan | Tiada | Nama Dewa Percintaan bangsa Yunani purba. Bangsa Roman purba mengenalinya sebagai cupid. Dewa percintaan ini sering muncul dalam karya sastera klasik Eropah. Istilah Eros bersinonim dengan konsep nafsu cinta dan berahi. Dalam bidang psikiatri, istilah Eros merujuk kepada tahap keinginan seks seseorang. |
demigod | separa dewa | Sejarah | Tiada | 1. Sesuatu yang bersifat separuh tuhan dan separuh manusia, sering kali terdapat dalam Berita rakyat Yunani purba tentang anak kepada dewa dengan perempuan biasa.,2. Seorang yang memperlihatkan keunggulannya sebagai intelek, berkuasa, berkebolehan, berwibawa dan personaliti yang menarik dijadikan propaganda oleh media massa seolah-olah seperti Tuhan. |
paean | paean | Kesusasteraan | Tiada | Lagu puji-pujian untuk menyatakan keseronokan dan meraikan kemenangan. Pada asalnya, paean ialah lagu kesyukuran khususnya untuk Dewa Apollo sempena meraikan kemenangan dalam peperangan. Seterusnya, kegunaan paean diperluaskan kepada dewa lain dan tokoh dalam tentera. |
anthropomorphism | antropomorfisme | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Pemberian ciri atau sifat manusia kepada sesuatu bentuk. Contohnya, pada arca kedewaan ajaran Hinduisme, Dewa Brahman, Wisnu dan Siwa diberikan ciri manusia tetapi mempunyai kelebihan statusnya sebagai dewa seperti mempunyai tangan melebihi dua atau berkepala empat. |
nemesis | nemesis | Kesusasteraan | Tiada | Pembalasan terhadap sesuatu perbuatan jahat, atau ejen yang menjalankan pembalasan tersebut. Dalam tradisi Yunani, konsep pembalasan dipersonifikasikan melalui Nemesis, iaitu dewa Yunani yang bertanggungjawab menjalankan tugas pembalasan bagi pihak para dewa antara terhadap mereka yang melakukan kesalahan. Istilah Nemesis berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �pembalasan�. |